‘Selfie’ lima kali lebih berbahaya berbanding serangan jerung
RIO DE JANEIRO: ‘Selfie’, satu fenomena global yang bermula sekitar sedekad lalu, telah membunuh lima kali ganda lebih ramai orang berbanding serangan jerung.
Jumlah kematian disebabkan fenomena ini juga semakin meningkat apabila telefon bijak semakin canggih dan ‘selfie-stick’ membantu dalam usaha merakam gambar tersebut.
Ini membuatkan lebih ramai sanggup untuk mengambil risiko dalam merakamkan gambar yang paling sempurna.
Antara Oktober 2011 dan November 2017, sekitar 259 orang meninggal dunia semasa merakam ‘selfie’ di seluruh dunia, menurut Jurnal Perubatan Keluarga dan Penjagaan Utama India, berbanding hanya 50 orang yang mati dibaham jerung dalam tempoh yang sama.