Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Staycation’ jadi pilihan

Dec 21, 2019 | 05:30 AM



BAGi setiap cuti umum khususnya pada hujung tahun, bercuti dalam negeri merupakan amalan biasa bagi keluarga tiga beranak ini.



Encik Amin Kadir, 50 tahun, dan keluarganya, gemar bercuti dalam negeri atau staycation kerana menurutnya percutian sebegini lebih menjimatkan masa, mudah dan tidak terlalu memenatkan.



Sejak lebih lima tahun lalu, beliau telah menginap di beberapa hotel di sini - bermula dari hotel butik hingga ke hotel enam bintang seperti di Orchard Road, Sentosa hingga ke daerah Changi.



Setiap kali bercuti, beliau akan menghabiskan masa sehingga dua hingga tiga hari, bergantung kepada cuti umum yang ada pada waktu itu.



Baginya, bercuti dalam negeri merupakan waktu untuk berehat sambil meluangkan masa bersama keluarga walaupun bagi tempoh yang singkat.



Adakalanya juga, Encik Amin, penolong jurutera, dan isterinya, Cik Norsidah Mohamad Nasir, akan menempah beberapa bilik tambahan untuk bercuti bersama ahli keluarga dan sanak saudara yang lain. Semua tempahan ini dilakukan dalam talian.



"Sebelum bercuti di hotel di sini, kami sekeluarga akan memastikan hotel tersebut mempunyai banyak kemudahan seperti berhampiran dengan pusat beli-belah dan mesra keluarga. Kami juga akan membuat kajian dan membaca reviu atau pengalaman dari para tetamu yang pernah bercuti di hotel berkenaan.



"Adakalanya juga harga hotel boleh melambung tinggi, khususnya pada musim cuti sekolah, perayaan atau cuti umum. Jadi kami perlu membuat perancangan dan menempah hotel lebih awal lagi.



"Ada bilik hotel boleh mencecah sehingga lebih $300 atau $400 semalam, lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Adakalanya juga, pihak hotel sendiri akan memberikan potongan harga dan diskaun yang begitu lumayan. Jadi, sebagai pelanggan, kami harus bijak untuk memilih dan pastikan percutian kami, walaupun dalam negeri berbaloi dan dapat memberikan pengalaman yang indah untuk kami sekeluarga," ujar bapa seorang anak perempuan berusia 10 tahun ini.



Untuk cuti akhir tahun ini dan pada Tahun Baru Cina nanti, beliau sekeluarga sudah pun menempah hotel bersaiz sederhana di kawasan berdekatan Harbourfront dan Vivocity untuk berehat dan melakukan kegiatan menarik bersama keluarganya.



Baginya, walaupun hanya bercuti dalam negeri, kepentingan untuk merapatkan ikatan kekeluargaan tetap menjadi keutamaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >