Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

‘Usaha mencabar’ ibu ubati anak yang dimamah penyakit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

‘Usaha mencabar’ ibu ubati anak yang dimamah penyakit

Nov 14, 2020 | 07:02 PM

HATI ibu mana tidak dirundung bimbang melihat keadaan anak bongsunya, Rayyan Qush, 13 bulan, menderita penyakit atrofi otot spina.

Penyakit ini melemahkan otot dan menghambat pergerakan dan jika tidak dirawat segera akan membuatkan Rayyan payah berdiri, berjalan, bernafas dan makan sendiri seperti anak-anak lain seusianya.

Ibu Rayyan, Cik Nurdiana Rohop, 32 tahun, seorang suri rumah, akur tertekan sejak doktor mengenal pasti kondisi Rayyan menyusuli ujian darah, ujian imbasan pengimejan resonan magnetik (MRI) dan DNA pada 6 November lalu.

Sebelum ini, pergerakan otot anak ini didapati tertunda berbanding anak seusianya.

Kini, cabaran terbesar Cik Nurdiana adalah kos rawatan suntikan Zolgensma dari Amerika Syarikat yang menelan belanja $3.1 juta.

Ia perlu dilakukan sebelum Rayyan mencecah usia dua tahun.

Usaha mengumpul dana bagi Rayyan diuar-uarkan menerusi pelantar mengumpul dana, GIVE.asia dan Wish For Rayyan, yang dipautkan pada laman global GoGetFunding.

Sejauh ini, sekitar $81,000 sudah terkumpul menerusi dua pelantar itu.

Laporan penuh di Berita Minggu esok.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3