Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

“Angin kencang dan arus sangat kuat,” kata ahli kumpulan ekspedisi kayak

Aug 19, 2019 | 08:33 AM



“ANGIN kencang dan arus sangat kuat.” 



Demikian menurut Encik Goh, seorang ahli kumpulan berkayak yang telah sama-sama menyertai ekspedisi kayak bersama pasangan pendayung  Cik Puah Geok Tin, 57, dan Encik Tan Eng Soon, 62, yang hilang sejak 8 Ogos lalu, menurut akhbar The Sunday Times (ST).



Malam kelmarin (17 Ogos), beberapa orang pendayung dari kumpulan ekspedisi tersebut telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Cik Puah, di upacara berkabung keluarga.



Encik Goh berkata, sebelum mereka berlepas dari Mersing pada pagi itu, kumpulan 15 pendayung dan satu penunggang bot itu telah diberi taklimat di mana mereka digalakkan untuk "cuba berdayung bersama dalam satu kumpulan".



Kumpulan ini terdiri daripada lapan kayaks, termasuk sebuah kayak khas satu orang sahaja, dan bot keselamatan yang bermotor.



Menurut Encik Goh,  kebanyakan daripada anggota kumpulan itu terdiri daripada pendayung berumur 40-an dan 50-an, dan masing-masing mempunyai pengalaman dan kemampuan berkayak yang berbeza-beza.



Justeru itu, sepanjang ekspedisi mereka, kumpulan tersebut bergerak pada kelajuan yang berlainan.



Namun sebaik sahaja kumpulan itu memulakan ekspedisi mereka, angin mula bertiup dengan kencang dan ombak menjadi semakin kuat.



Jarak antara setiap kayak juga semakin membesar, menyebabkan kumpulan itu berpecah menjadi dua kumpulan.



Lama-kelamaan, kayak masing-masing hampir tidak dapat melihat satu sama lain.



ST difahamkan bahawa kumpulan itu telah merancang untuk menuju ke Pulau Mertang Timur, sebuah pulau kecil kira-kira 24km ke barat laut Mersing, di mana mereka merancang untuk bermalam.



Encik Goh dan isterinya merupakan kayak pertama yang sampai ke pulau itu. 



Bot keselamatan, yang telah menyimpan khemah kumpulan dan bekalan lain, telah berlabuh dekat pulau ketika mereka tiba.



"Kayak seterusnya datang kira-kira 15 minit kemudian," kata Encik Goh.



Apabila kesemua ahli kumpulan ekspedisi tersebut akhirnya berkumpul di Pulau Mertang Timur pada 5.40 petang, mereka menyedari sesuatu yang tidak kena apabila menyedari bahawa Encik Tan dan Cik Puah tidak bersama mereka. 



Dua anggota kumpulan tersebut serta ketua kumpulan ekspedisi itu dan pasangan kayaknya kemudian menggunakan bot keselamatan untuk mencari dua pendayung yang hilang itu. 



Selepas dua jam mencari, bot keselamatan itu kembali ke Pulau Mertang Timur sekitar jam 8 malam, kerana hari semakin gelap.



Menurut Encik Goh lagi, kumpulan tersebut tidak dapat menelefon Encik Tan dan Cik Puah kerana telefon bimbit mereka tidak mempunyai isyarat rangkaian di pulau itu.



Kayak hijau terang Encik Tan dan Cik Puah dijumpai terdampar di pantai Kuantan pada 13 Ogos sementara mayat mendiang Cik Puah ditemui keesokan harinya (14 Ogos), di Kemaman, Terengganu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >