Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1 dalam 10 pesakit Covid-19 yang pulih di S'pura alami simptom berterusan enam bulan selepas jangkitan: Kajian

Jul 10, 2021 | 06:23 PM




SATU dalam 10 pesakit Covid-19 yang pulih mempunyai simptom berterusan enam bulan selepas jangkitan awal mereka, menurut satu kajian yang diketuai oleh Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).


Dalam keadaan ini yang dikenali sebagai "Covid panjang", mereka terus mengalami simptom, biasanya batuk yang berlarutan dan sesak nafas, lama setelah pulih daripada Covid-19.


Simptom lain termasuk insomnia, pening dan lelah berpanjangan, tetapi ini tidak sering diperhatikan.


Lebih penting lagi, kajian tersebut juga mendapati penanda keradangan lebih tinggi tanpa mengambil kira sama ada orang itu mempunyai kes penyakit itu yang serius atau ringan.


Protein dalam darah itu dikaitkan dengan keadaan yang menjejas sistem peredaran darah dan merupakan faktor risiko penyakit kardiovaskular.


Covid panjang adalah kebimbangan serius yang, jika tersebar luas, mungkin akan memberi tekanan kepada masyarakat dan ekonomi untuk tahun-tahun yang akan datang, kata pakar, menurut The Straits Times.


Ini menambah kepada  kesan pandemik yang tersembunyi, dengan jangka masa panjang kesihatan yang kurang baik menunjukkan pentingnya untuk orang ramai mengelakkan jangkitan.


Kajian yang dipimpin oleh NCID itu melibatkan tiga hospital awam lain.


Pesakit biasanya menyertai kajian itu dalam minggu pertama penyakit mereka disahkan dan dipantau selama enam bulan.


Sejumlah 288 pesakit direkrut, dan 183 daripada mereka kembali untuk pemeriksaan susulan pesakit luar.


Orang yang berumur lebih 65 tahun, dari etnik bukan Cina, dan yang mempunyai penyakit teruk didapati lebih berkemungkinan mengalami simptom berterusan. Sebab kaitan dengan etnik bukan Cina tidak jelas.


Kajian itu bermula pada pertengahan Januari 2020 sejurus selepas kes pertama dikesan di Singapura, dengan tujuan untuk mengkaji kesan jangka panjang Covid-19, sehingga dua tahun selepas jangkitan, dan juga untuk memahami bagaimana imuniti pelindung daripada jangkitan berkembang dari masa ke masa.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >