Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

1 dalam 4 majikan S'pura rancang beku gaji pekerja tahun depan: Tinjauan

Nov 19, 2020 | 05:17 PM



SEKITAR 25 peratus syarikat di Singapura merancang mengenalkan atau meneruskan pembekuan gaji pada 2021.



Jumlah ini lima peratus kurang daripada 30 peratus syarikat setempat yang membekukan kenaikan gaji tahun ini.



Mengenai potongan gaji pula, sekitar tiga peratus majikan menyatakan mereka bercadang melakukannya tahun depan, berbanding 29 peratus majikan yang mengurangkan gaji pekerja tahun ini.



Sungguhpun begitu, kebanyakan majikan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dahulu sedang mereka berhati-hati mengendalikan isu kenaikan gaji di samping mengemudi kesan pandemik koronavirus ini.



Demikian hasil dapatan Tinjauan Saraan Keseluruhan tahunan firma runding cara sumber manusia Mercer yang dilaporkan akhbar The Business Times. Ia meninjau 992 syarikat merentasi 16 industri di Singapura tahun ini.



Kenaikan gaji keseluruhan yang diunjurkan bagi 2021 di Singapura berkurangan sedikit kepada 3.5 peratus berbanding 3.6 peratus tahun ini, dedah tinjauan itu.



"Pengusaha perniagaan kekal optimistik dan berjaga-jaga tentang masa depan dan memikirkan tentang strategi bakat lebih menyeluruh untuk memperkasa pekerja dalam pekerjaan corak baru,"  ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercer, Cik Peta Latimer.



Cik Latimer menambah beberapa syarikat akan mengenalkan insentif tambahan.



"Pemimpin juga menanti masa menarik dan mengekalkan bakat yang diperlukan bagi memacu proses pendigitalan perniagaan," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >