Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1 juta keluarga ambil baucar CDC

Lebih $28 juta ditebus sejauh ini dengan berbelanja di penjaja dan peniaga kejiranan
Jan 10, 2022 | 05:30 AM



LEBIH sejuta isi rumah warga Singapura telah mengambil baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) mereka dalam bulan pertama pelancarannya, dengan lebih $28 juta ditebus sejauh ini.



Baucar $100 itu boleh dibelanjakan di lebih 12,500 gerai dan pusat penjaja di estet perumahan yang mengambil bahagian.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, CDC dan Persatuan Rakyat (PA) turut mengumumkan penambahan ciri peta interaktif kepada laman CDC Vouchers Merchants Go Where.



Ciri itu menggabungkan maklumat dan data peta daripada OneMap Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk memberitahu penduduk tentang kedudukan pegerai dan peniaga yang mengambil bahagian di lokasi pilihan mereka, selain fungsi mencari sedia ada berdasarkan nama jalan dan poskod.



Peningkatan terbaru itu adalah hasil kerjasama CDC dengan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), dan merupakan usaha berterusan CDC untuk memastikan pengalaman yang mudah dan lancar bagi penduduk dan penjaja serta peniaga di bawah Skim Baucar CDC digital itu, kata kenyataan tersebut.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mayor dan Mayor CDC South West, berkata lebih 90 peratus daripada perniagaan yang mengambil bahagian telah menerima transaksi baucar CDC sejauh ini.



"CDC, bersama agensi rakan kongsi kami, sedang meningkatkan pengalaman pengguna Skim Baucar CDC sebelum musim perayaan sedang bilangan warga Singapura yang menuntut dan membelanjakan baucar CDC mereka berkembang.



"Kami berbesar hati warga Singapura menyokong penjaja dan peniaga kejiranan kita dengan membelanjakan baucar bernilai lebih $28 juta sejauh ini.



"Kami juga terdorong dengan cara penjaja dan peniaga kejiranan kita menerima kaedah penjualan baru dan wadah digital," katanya.



CDC sedang menawarkan sokongan berterusan kepada penduduk yang kurang mahir menggunakan digital untuk menuntut dan membelanjakan baucar digital mereka, serta penjaja dan peniaga yang tidak pasti bagaimana menggunakan Aplikasi Peniaga RedeemSG.



Bantuan boleh didapatkan di Kelab Masyarakat, Jawatankuasa Penduduk dan Pusat Rangkaian Penduduk di mana Duta CDC dan relawan akar umbi bersedia untuk memberi bimbingan.



Peniaga dan penjaja yang berminat boleh ke laman https://vouchers.cdc.gov. sg/merchants/info untuk mendaftar, dan seorang Duta CDC akan menghubungi mereka dalam masa dua minggu berikutnya.



Penduduk mempunyai hingga satu tahun - hingga 31 Disember ini - untuk menuntut dan membelanjakan baucar mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >