Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1 maut, 2 cedera dalam kebakaran kilang LPG di Jurong

Jun 22, 2019 | 03:00 PM



SEORANG maut dan lagi dua cedera dalam kebakaran besar di kawasan perusahaan Jurong yang membara lebih dua jam dan menyebabkan letupan kuat pada Jumaat (21 Jun).



Kebakaran di 43 Jalan Buroh itu, yang melibatkan ratusan tong gas petroleum cecair (LPG) berbilang saiz - yang mudah terbakar - disifatkan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebagai kebakaran LPG terbesar yang perlu ditanganinya.



Kebakaran merebak dengan cepat di perkarangan kilang seluas dua padang bola sepak itu, menyebabkan letupan kuat.



Sekitar 120 pegawai bomba memerlukan hampir tiga jam selepas dimaklumkan tentang kebakaran pada 5 petang, untuk mengawal api dan memastikan ia tidak merebak ke tangki simpanan LPG lebih besar.





Sejumlah 35 kenderaan kecemasan dikerah ke tempat kejadian, dengan sehingga tujuh jet air - termasuk mesin lawan api tanpa pemandu - digunakan.





Kilang itu dihuni oleh Summit Gas Systems, anak syarikat Union Energy Corporation yang mengedarkan tong LPG kepada pelanggan komersial dan di rumah.



Kolonel Anthony Toh, komander Divisyen SCDF ke-4, menyifatkan api sebagai ‘ganas dan amat panas’ apabila anggota SCDF tiba di tempat kejadian.



 “Keutamaan kami adalah untuk mengawal api dan mengadangnya daripada terus merebak, demi melindungi dua tangki LPH yang masing-masing boleh menyimpan 60 tan LPG, kata Kolonel Toh.





Menurut SCDF, seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik. Beliau berusia 43 tahun, kata polis.





Dua lelaki lain, berusia 29 tahun dan 45 tahun, sedar diri apabila dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH). Kededuanya kelecuran tetapi berada dalam keadaan stabil. Seorang dijangka dibenarkan pulang Sabtu (22 Jun) sementara seorang lagi lelaki mengalami kecederaan lebih teruk.



Punca kebakaran masih disiasat. Apabila dihubungi, Union Energy enggan mengulas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >