SATU kemalangan lalu lintas berlaku di Pusat Pemeriksaaan Tuas pada pagi Selasa (6 Dis), menjejaskan trafik masuk ke Singapura.
Seorang meninggal dunia dan dua cedera dalam kemalangan itu.
Dalam satu kenyataan media, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata memandangkan kemalangan itu berlaku pada waktu sibuk pagi, trafik telah membina dan pemandu harus menjangka kelewatan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan melalui panggilan bagi bantuan ambulans pada kira-kira 5.09 pagi.
Seorang lelaki berusia 50-an tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik. Seorang lagi lelaki dan seorang perempuan berusia 30-an tahun dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.