Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2019

10 ciri utama belanjawan 2019

Feb 20, 2019 | 05:30 AM



1. Bonus Bicentennial $1.1 bilion



- 1.4 juta warga Singapura akan menerima baucar GST tunai bernilai sehingga $300



- Pekerja gaji rendah akan menerima Bonus Daya Kerja Bicentennial, bernilai sekurang-kurangnya $100



- Pekerja gaji pertengahan akan mendapat rebat cukai gaji sejumlah 50 peratus, dihadkan kepada $200



- Pelajar di sekolah rendah dan menengah akan mendapat tokokan $150 dalam akaun Edusave. Pelajar posmenengah menerima sehingga $500



- Sekitar 300,000 warga Singapura berusia antara 50 dengan 64 tahun, kebanyakannya wanita, akan menerima tokokan $300- $1,000 dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka



2. Pakej Generasi Merdeka $6.1 bilion



- Sekitar 500,000 warga Singapura yang dilahirkan pada tahun 1950-an akan menerima tokokan Medisave $200 setahun selama lima tahun



- $100 akan ditokok ke Kad PAssion Silver, yang boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam, menyertai kegiatan di kelab masyarakat atau kemudahan sukan awam.



- Subsidi tambahan untuk rawatan di klinik sepanjang hayat mereka, serta diskaun tambahan 25 peratus di poliklinik dan klinik pakar awam



- Subsidi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) bagi rawatan penyakit biasa, kronik dan prosedur gigi



3. Sokongan bagi perniagaan, pendanaan bagi SME



- Program SG Maju dan Innovation Agents dilancar untuk membantu syarikat setempat membina keupayaan baru, menembusi pasaran baru dan mendapatkan nasihat pakar



- Tambahan kepada Dana Pelaburan Bersama SME III bernilai $100 juta untuk bantu syarikat kecil dan sederhana (SME) luaskan perniagaan



- Program Penukaran Profesional baru membantu karyawan yang berhasrat berubah industri dan menceburi bidang baru seperti blockchain.



4. Pekerja asing di sektor perkhidmatan



- Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC), yang menetapkan kuota jumlah maksimum pekerja asing yang boleh digajikan, direndahkan daripada 40 peratus kepada 38 peratus bermula 1 Januari 2020. Kuota ini akan direndahkan lagi kepada 35 peratus pada 1 Januari 2021



- Kuota bagi pemilik Pas S yang boleh digajikan sesebuah syarikat turut direndahkan dari 15 peratus kepada 13 peratus tahun depan, dan kepada 10 peratus pada 2021.



5. Subsidi Chas diperkukuh



- Warga Singapura gaji rendah dan pertengahan yang memiliki kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) jingga boleh mendapat subsidi bagi merawat penyakit biasa. Sebelum ini mereka hanya menerima subsidi bagi penyakit kronik



- Subsidi bagi penyakit kronik akan ditambah



6. $5.1 bilion bagi menyokong usaha jagaan jangka panjang



- Dana Sokongan bagi Jagaan Jangka Panjang bertujuan membantu warga Singapura membayar premium CareShield Hayat dan bayaran lain seperti ElderFund



- Kadar bantuan wang menerusi skim Bantuan Jangka Panjang ComCare juga akan ditingkat. Ini bermakna keluarga yang terdiri daripada dua anggota di bawah skim ini boleh menerima bantuan wang sehingga $1,000 sebulan



7. Rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dilanjutkan setahun



- Sekitar 930,000 keluarga HDB akan menerima rebat bernilai antara 1.5 bulan dengan 3.5 bulan, subsidi yang bernilai $132 juta



8. Konsesi cukai arak, peruntukan GST bagi pengunjung lebih ketat



- Bermula semalam, pengunjung ke Singapura yang berada sekurang-kurangnya 48 jam di luar negeri - termasuk warga Singapura - perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika barangan yang dibeli di luar negeri berharga lebih $500. Mereka tidak perlu membuat bayaran jika membeli barangan berharga tidak melebihi $100 atau kurang.



- Jumlah minuman keras yang boleh dibawa masuk ke Singapura tanpa cukai dikurangkan daripada 3 liter kepada 2 liter bermula 1 April



9. Cukai diesel dinaikkan



- Cukai diesel dinaikkan daripada 10 sen setiap liter kepada 20 sen setiap liter, bagi menggalak pengguna mengurangkan penggunaan diesel



- Bagi membantu pemilik kenderaan diesel dan teksi, cukai khas tahunan akan direndahkan, sebanyak $100 dan $850.



10. Bayaran bertambah bagi pekerja lebih tua, pekerja gaji lebih rendah



- Sekitar 440,000 pekerja lebih tua dan pekerja gaji lebih rendah boleh menjangka bayaran lebih tinggi di bawah skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dengan bayaran tambahan tahunan dihadkan kepada $400



- Had gaji yang layak menyertai program ini akan ditingkat daripada $2,000 kepada $2,300 sebulan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >