Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

10 diploma kerja sambil belajar dilancar untuk lulusan ITE mulai April

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

10 diploma kerja sambil belajar dilancar untuk lulusan ITE mulai April

Nov 02, 2018 | 07:15 PM

LULUSAN Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kini mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan diploma yang akan membolehkan mereka bekerja sambil belajar. 

Institusi tersebut akan menawarkan 350 tempat  dalam 10 kursus Diploma Teknikal Kerja-Belajar (WLTD) mulai April tahun depan. 

Pelajar dalam kursus tersebut, yang merangkumi pelbagai bidang termasuk pengurusan automasi pelabuhan, mikroelektronik dan pengurusan hotel dan restoran, akan meluangkan 70 peratus daripada masa kurikulum mereka dengan berlatih di tempat kerja. 

Program-program tersebut, yang dibangunkan melalui kerjasama dengan majikan demi memastikan ia relevan terhadap industri, akan berlangsung antara dua tahun setengah hingga tiga tahun. 

Ketua eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek, mengumumkan kursus-kursus diploma tersebut hari ini di majlis tandatangan yang melibatkan 113 syarikat dan rakan kongsi industri. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3