Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 disanjungi kerana semangat kemasyarakatan

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



DUA lelaki yang bergegas masuk ke dalam sebuah bas untuk menangani lelaki yang menggangu pemandunya diberi anugerah bagi semangat kemasyarakatan mereka, semalam.



Encik Muhammad Mu'tasim Kassim sedang berjalan di Pasir Ris Drive 1 pada 15 September tahun lalu, apabila beliau melihat sekumpulan pelajar turun di sebuah perhentian bas.



"Saya mendapati ia agak pelik kerana para pelajar itu selalunya tidak turun di perhentian bas tersebut," kata Encik Mu'tasim kepada akhbar The Straits Times.



Mahasiswa Universiti Buffalo berusia 26 tahun itu kemudian memutuskan menghampiri bas tersebut dan memeriksa.



Beliau melihat seorang penumpang lelaki sedang menghamun pemandu bas tersebut dan kemudian menumbuknya.



Penumpang berkenaan menaiki bas nombor 21 itu di dua perhentian bas sebelumnya tanpa memakai pelitup muka.



Apabila pemandu bas berusia 39 tahun itu memberitahu penumpang berkenaan supaya memakai pelitup, dia menjadi marah.



Penumpang itu meragut leher dan kolar pemandu tersebut lalu menumbuknya selepas beliau menghentikan basnya di depan Blok 210 sementara menunggu polis datang.



Dalam pada itu, Encik Clement Tan, 29 tahun, seorang konsultan kewangan sedang menunggu di perhentian bas tersebut apabila bas itu berhenti di situ.



Apabila Encik Tan melihat penumpang itu mengganggu pemandu tersebut, beliau terus bergegas menaiki bas itu untuk masuk campur bersama Encik Mu'tasim dan seorang lagi lelaki, yang belum dikenal pasti.



Ketiga-tiga lelaki itu kemudian menarik keluar penumpang tersebut dan menahannya.



Semasa melakukan itu, mereka mendapati lelaki tersebut mempunyai pisau, yang diambil mereka dengan cepat, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Penumpang itu akhirnya diserahkan kepada pegawai polis dan kemudian didakwa menyebabkan kecederaan secara sengaja dan memiliki senjata ofensif.



Dia dihukum penjara 16 minggu pada 16 Disember.



Terdapat sekitar 40 kes gangguan ke atas kakitangan bas awam tahun lalu, dengan separuh daripadanya berkaitan pelitup.



Encik Mu'tasim dan Encik Tan adalah antara 10 orang yang menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan di Divisyen Polis Bedok semalam.



Turut dipuji ialah Encik Pu Zong Han, yang mengejar dan menahan seorang pencuri remaja di stesen MRT Eunos Mac lalu, dan enam pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) daripada Balai Bomba Kallang yang membantu menangkap seorang lelaki yang mencabul seorang penumpang bas wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >