Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$10 juta disumbang kepada NUS bagi program bimbingan komuniti Teach SG

Apr 16, 2022 | 07:48 PM



SEJUMLAH 1,240 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah akan mendapat lebih sokongan pengajaran dan bimbingan daripada pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) berikutan satu sumbangan bernilai $10 juta.



Teach Singapore (Teach SG), sebuah program masyarakat di mana lebih 700 mentor pelajar NUS bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat  untuk menyediakan pengajaran dan bimbingan, telah dilancarkan secara rasmi di Pusat Kebudayaan Universiti pada  Sabtu (16 April).



Sumbangan itu adalah daripada syarikat hartanah Ho Bee Land.

Program Teach SG itu telah dirintis oleh NUS pada Januari tahun lepas.



Sukarelawan dilatih untuk mendekati pelajar dengan empati dan diberi bahan pengajaran, aktiviti, permainan serta panduan untuk berjimat-cermat dan  tinjauan templat untuk sesi bimbingan yang berlangsung sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu.



Setiap mentor mendampingi dua pelajar, atau dua mentor boleh mengambil sekumpulan tiga pelajar.



Kira-kira 700 pelajar NUS telah diambil untuk menyertai program ini.



Mereka bekerja dengan 76 rakan komuniti termasuk sekolah rendah dan menengah serta agensi perkhidmatan sosial.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang merupakan tetamu kehormat majlis pelancaran itu, berkata beliau berharap suatu hari nanti setiap siswazah di Singapura akan membimbing seorang kanak-kanak daripada keluarga yang kurang bernasib baik dan menjadi contoh teladan yang positif untuk membantu individu itu mengharungi tahun-tahun pembentukannya sebelum ke alam dewasa.



“Perjalanan bimbingan oleh semua mahasiswa kami akan berlangsung selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun (dan) mereka akan menyumbang kembali kepada masyarakat dan mempelajari kepentingan untuk tidak mempedulikan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.



Encik Chan menambah: “Kejayaan mestilah apabila pelajar kita boleh menjaga bukan sahaja diri mereka dan keluarga mereka, tetapi apabila mereka mempunyai keinginan semula jadi untuk ingin melakukan lebih daripada itu dan berbuat baik untuk masyarakat kita.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >