Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 kenderaan terlibat dalam kemalangan ECP

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



SATU kemalangan melibatkan 10 kenderaan berlaku di ekspreswe East Coast Parkway (ECP) semasa waktu sibuk semalam, mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai insiden itu dan menghantar seorang mangsa ke Hospital Raffles.



Dua lagi yang cedera ringan berkata mereka tidak memerlukan rawatan lanjut.



Menurut saksi yang ditemui akhbar Lianhe Zaobao (ZB), dua kereta dilihat mengalami kerosakan teruk, sementara yang lain dilihat mengalami kerosakan ringan.



Sekitar 15 orang cuba menghulur bantuan kepada mangsa kemalangan, dengan orang ramai berhimpun di jejatas behampiran untuk menyaksikan insiden tersebut.



Dalam laporannya, ZB berkata kemalangan tersebut berlaku di lorong paling kanan dan tidak terlalu menjejas keadaan lalulintas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >