10 kes Covid-19 baru dalam masyarakat, 8 daripada kelompok TTSH, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

10 kes Covid-19 baru dalam masyarakat, 8 daripada kelompok TTSH

TTSH tidak terima pesakit baru sejak 2 Mei, kakitangan hospital lain dikerah beri bantuan
May 04, 2021 | 05:30 AM

SEBANYAK 10 kes Covid-19 baru dalam masyarakat dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam.

Lapan daripada 10 kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan seorang jururawat wanita Filipina di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang disahkan positif sebelum ini.

Mereka dikesan menerusi ujian ke atas pesakit dan kakitangan di hospital tersebut.

Termasuk kes terbaru ini, sebanyak 35 kes sejauh ini telah dikaitkan dengan kelompok jangkitan di hospital tersebut.

Ia merupakan kelompok jangkitan terbesar daripada sembilan kelompok aktif di Singapura.

Discover Malay Home Based Businesses

Baki dua kes dalam masyarakat itu merupakan kontak rapat dengan kes terdahulu yang sudah diletakkan di bawah kuarantin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Tidak ada kes dalam dormitori pekerja migran yang dilaporkan.

Secara keseluruhannya, terdapat 17 kes Covid-19 baru di Singapura semalam.

Daripada jumlah itu, tujuh adalah kes diimport dan mereka telah diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Sementara itu, MOH dalam satu kenyataan berasingan semalam berkata ia telah meminta semua hospital menganjak ke tarikh lebih lanjut semua pembedahan bukan kecemasan dan kemasukan pesakit baru untuk menjimatkan sumber dalam sektor jagaan kesihatan.

Temu janji bukan kecemasan di klinik pakar juga ditangguhkan.

MOH juga berkata TTSH tidak lagi menerima kes pesakit masuk hospital baru secara bertahap mulai kelmarin, dan semua pesakit yang dihantar ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan dihantar ke hospital awam dan privet lain untuk menguruskan tenaga manusia yang berkurangan di TTSH.

Bagi pesakit yang memerlukan khidmat Klinik Pesakit Luar Pakar (SOC), TTSH akan menangguhkan janji temu untuk kes yang stabil dan memulakan telekonsultasi dan penghantaran ubat-ubatan di mana wajar.

Bagi pesakit yang memerlukan penjagaan secara fizikal, hospital itu akan membuat aturan bagi mereka dipantau kakitangan yang tidak ada kaitan dengan kelompok jururawat wanita Filipina TTSH itu.

Beberapa hospital juga telah mula mengerahkan doktor, jururawat dan karyawan kesihatan bersekutu sejak semalam untuk membantu pasukan TTSH menjaga pesakit mereka.

Kelmarin, antara kes yang ditambahkan ke dalam kelompok jangkitan di TTSH itu termasuk lima pesakit yang telah dikeluarkan dari hospital dan pulang ke rumah, tetapi didapati dijangkiti virus itu kemudian.

Lima pesakit itu telah diletakkan di bawah kuarantin dan diuji sebagai sebahagian usaha agresif untuk membendung penularan hospital itu.

TTSH juga telah selesai melakukan ujian swab ke atas semua pesakit dalam hospital di wad utamanya pada Jumaat lalu dan keputusannya semua negatif, kata MOH kelmarin.

Hospital itu juga akan menjalankan ujian ke atas semua 12,000 kakitangan di kampus.

Sejauh ini, ia telah melakukan ujian swab ke atas 7,000 kakitangan dan keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang bekerja di kawasan klinikal dalam beberapa hari mendatang.

Semua pesakit akan terus dipantau secara dekat bagi kesihatan dan kesejahteraan mereka.


COVID-19 DI SG - 3 Mei

KES BARU: 17

DALAM MASYARAKAT: 10

IMPORT: 7

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 31

JUMLAH KESELURUHAN KES: 61,235 (Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di ww.BH.sg

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map