KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengenal pasti 10 kes Covid-19 daripada empat isi rumah yang tinggal di Blok 506 Hougang Avenue 8, termasuk satu individu yang didapati positif semasa menjalani ujian wajib bagi penduduk di blok itu.
Ujian reaksi rantai polimerase (PCR) ke atas 407 penduduk dan pelawat dilakukan di blok itu pada Jumaat dan Sabtu lalu, kata MOH dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan bersama Ahad (23 Mei).
Lagi 126 keputusan ujian belum selesai, tambah kementerian itu.
MOH menyatakan kes yang dikesan sebahagian besarnya adalah daripada mereka yang sedang dikenakan kuarantin yang kemudiannya didapati positif virus.
Sementara itu, semua 243 penghuni sebuah blok HDB di Pasir Ris telah diminta menjalani ujian swab setelah empat kes Covid-19 dikesan di dua isi rumah berlainan di blok itu.
Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Desmond Tan, mengatakan dalam satu catatan Facebook pada pagi Ahad (23 Mei) bahawa ujian itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Blok 559 di Pasir Ris Street 51.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
10 kes Covid-19 dikenal pasti di blok HDB Hougang; penduduk blok HDB di Pasir Ris diarah jalani ujian
May 23, 2021 | 02:58 PM