Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USAHA MENENTANG OMICRON

10 kes kanak-kanak alami kesan sampingan serius selepas divaksin: HSA

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



SEJUMLAH 10 kes kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun yang mengalami kesan sampingan serius selepas divaksinasi telah dicatat di sini, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam laporan terkini mengenai vaksin semalam.



Ini berbeza daripada laporan sebelum ini, di mana tiada kes dilaporkan.



Kesan sampingan serius termasuk sawan, apendisiti, kemerosotan pada tekanan darah, alahan, fungsi ginjal tidak normal dan saluran darah kecil yang bengkak.



Tiada kes myokarditis atau perikarditis, dua keadaan jantung berkaitan yang ada kalanya dilaporkan selepas vaksinasi, dalam kalangan kanak-kanak sejauh ini, kata HSA.



Dalam laporan terkini semalam, yang merangkumi kes sehingga 31 Januari, HSA juga mengatakan 280 kes kesan sampingan tidak serius telah dilaporkan bagi kumpulan usia ini berbanding dengan enam sebelum ini.



Kesan sampingan yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak termasuk bengkak pada muka, demam, ruam, ketidakselesaan pada dada, rasa berdebar-debar dan tidak cukup nafas.



Kadar kejadian sama seperti yang berlaku dalam kalangan belia dan orang dewasa, dengan reaksi tidak serius berlaku dalam 0.12 peratus dos yang diberikan dan reaksi serius yang dilihat dalam 0.004 peratus dos.



Singapura telah memperkenalkan program vaksinasi bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun pada 27 Disember tahun lalu.



Sejumlah 238,253 dos telahpun diberikan kepada kumpulan ini sehingga 31 Januari.



Menurut HSA, vaksinasi mungkin bukan sebab masalah perubatan dalam setiap kes.



"Ini mungkin mempunyai kaitan kepada penyakit sedia ada atau tidak didiagnos atau mungkin secara kebetulan ia berlaku pada masa yang sama vaksin diberikan."



Laporan HSA itu turut memberikan perkembangan terkini mengenai dos penggalak, dan menambah bahawa tiada kenaikan daripada segi kadar kesan sampingan menyusuli lebih 3.19 juta dos penggalak yang diberikan.



HSA telah menerima 553 laporan laporan kesan sampingan teruk berkaitan dengan suntikan penggalak bagi vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan lagi 289 laporan berkaitan dengan vaksin Moderna/Spikevax.



Terdapat 73 laporan kesan sampingan teruk di mana 15 kes merupakan myokarditis dan perikarditis.



Sehingga akhir bulan Januari, Singapura telah memberikan 9.8 juta dos vaksin Pfizer. Terdapat 12, 770 laporan kesan sampingan tidak serius dan 664 laporan yang serius.



Singapura juga telah melakukan 2.9 juta dos vaksin Moderna dengan 2,885 laporan kesan sampingan tidak serius dan 156 laporan yang serius.



Laporan itu turut memberi perkembangan terkini terhadap suntikan bukan mRNA, seperti vaksin Sinovac-Corona dan vaksin Sinopharm.



Singapura telah melakukan 369,083 dos vaksin Sinovac sejauh ini.



Terdapat 299 laporan kesan sampingan tidak serius dan 22 laporan serius.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >