Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 kit ART bakal diagih kepada setiap isi rumah

Jul 18, 2022 | 08:55 PM



SETIAP isi rumah di Singapura akan mendapat 10 kit ujian pantas antigen (ART) dalam peti surat mereka tidak lama lagi.

Ini merupakan kali ketiga semua isi rumah di sini diberikan kit ART sejak pandemik Covid-19 bermula.


Usaha mengagihkan kit ART kepada lebih 1.5 juta isi rumah di sini bermula Isnin (18 Julai), sedang Singapura mengharungi satu lagi gelombang jangkitan Covid-19.


Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, mengumumkan permulaan pengagihan kit ART tersebut menerusi laman Facebook beliau pada Isnin.


Pengagihan kit ART itu diumumkan sebelum ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, ketika ditemui media selepas lawatannya ke salah sebuah pusat vaksinasi mudah alih di Nee Soon Central bersama Encik Ong bulan lalu (Jun).


Menerusi laman Facebook mereka, Kementerian Kesihatan (MOH), menyatakan  sesetengah isi rumah mungkin akan menerima kit ART mereka dalam masa beberapa minggu disebabkan jumlah kit yang banyak yang perlu diagihkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >