Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 masjid tawar 150 ruang solat Jumaat mulai 13 Ogos

Aug 08, 2021 | 10:11 PM



MULAI Jumaat (13 Ogos), 10 masjid akan menawarkan tambahan 150 slot bagi setiap sesi solat Jumaat.



Jemaah mesti sudah divaksinasi sepenuhnya atau sudah menjalani ujian Covid-19.



Sebanyak 150 ruang tambahan di se diakan di setiap daripada 10 masjid berikut: Al Islah, Al-Istighfar, Darul Ghufran, Al-Muttaqin, Assyafaah, Yusof Ishak, Mujahidin, Al-Iman, Al-Khair dan Ar-Raudhah.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Ahad (8 Ogos) mengumumkan di Facebook bahawa tempahan bagi 4,500 slot tambahan itu akan bermula pada 10 pagi Selasa.



Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang belum mendapat slot pada 23 Julai, 30 Julai atau 6 Ogos, kata Muis.



Semua tempahan sedia ada bagi 13 Ogos kekal sama.



Bagi menempah slot, sila kunjungi https://ourmosques.common spaces.sg atau aplikasi Muslim.sg.



Semasa dihubungi, Encik Azman Ariffin, pengerusi eksekutif Masjid Al-Istighfar, salah satu masjid yang bakal dibuka semula kepada lebih ramai jemaah berkata tenaga relawan tambahan akan dikerah.



Menurutnya, Masjid Al-Istighfar akan mempunyai lima zon, dengan 50 jemaah di setiap zon. Empat sukarelawan diperlukan pada setiap zon.



Sebelum Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), masjid itu merupakan antara masjid yang terlibat dalam usaha perintis menyediakan lebih banyak ruang solat Jumaat menggunakan ujian praacara (PET).



Oleh itu, lima zon solat sudah tersedia bagi tempoh tersebut, namun, empat zon kemudian perlu ditutup semula semasa P2HA, kata Encik Azman.



Dengan pengumuman terkini, masjid itu hanya perlu membuka semula empat zon yang ditutup itu, jelasnya.



Sehingga 500 orang akan dapat menghadiri ibadah agama di tempat-tempat ibadah bermula 10 Ogos, sedang sekatan Covid-19 dilonggarkan. Jemaah masih perlu dikumpulkan dalam zon 50 orang setiap zon.



Jemaah yang tidak divaksinasi dihadkan pada jumlah maksimum 50 orang. Langkah itu mungkin dapat di longgarkan lagi mulai 19 Ogos kelak jika keadaan Covid-19 tetap terkawal, membolehkan sehingga 1,000 jemaah yang diberi vaksin berkumpul di tempat ibadah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >