SEPULUH orang dihadapkan ke mahkamah daerah semalam kerana gagal mematuhi langkah jarak selamat Covid-19, selepas mereka berhimpun untuk minum arak.
Kesemuanya dituduh melakukan kesalahan itu di sudut senaman berhampiran Blok 42 Beo Crescent, berhampiran Havelock Road, pada 28 Jun - semasa fasa kedua pembukaan semula ekonomi Singapura.