Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 pembantu rumah asing antara 18 kes import Covid-19 baru

Nov 11, 2020 | 11:52 PM



SERAMAI 10 daripada 18 kes import Covid-19 baru pada Rabu (11 Nov) merupakan pembantu rumah asing yang memegang permit kerja.



Mereka yang berasal dari Myanmar dan Indonesia itu telah diberi notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata selain pembantu asing itu, kes import lain termasuk dua penduduk tetap (PR) Singapura yang pulang dari India dan Indonesia.



Lagi 4 pula bekerja di Singapura dan merupakan pemegang pas kerja yang datang dari Myanmar, Belanda dan Switzerland.




Kes lainnya melibatkan pemegang pas tanggungan yang mempunyai sejarah perjalanan dari Nepal dan pemegang pas khas dari Russia untuk menaiki kapal di sini sebagai anak kapal.



MOH mengesahkan tiada kes jangkitan dalam masyarakat.




Dalam pada itu, ujian serologi yang dilakukan ke atas Kes 58262, yang dilaporkan sebelum ini, didapati positif.

 



Sebelum ini lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun itu, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di bangunan pejabat di pangkalan kapal PaxOcean Singapore Pte Ltd di Tuas Crescent, telah melalui ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) sebanyak dua kali.




Ujian pertamanya pada 3 November mendatangkan hasil tidak konklusif manakala ujian kedua pada 9 November mendapati nilai CT sangat tinggi yang bermakna terdapat jumlah besar virus tersebut.




Satu lagi kes (Kes 58216) yang juga bekerja di tempat yang sama tetapi tiada sebarang petunjuk bahawa mereka berdua telah berinteraksi.




Sementara itu lima lagi kes Covid-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, kata MOH.




Secara keseluruhan, 57,990 individu telah pulih dari jangkitan koronavirus itu dan dibenarkan pulang ke rumah.

 



Buat masa ini, 33 kes masih berada di hospital namun kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil atau semakin pulih, dan tiada kes di unit jagaan rapi (ICU).

 



Seramai 40 pesakit yang mempunyai simptom ringan atau sihat tetapi masih positif Covid-19 pula telah diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat, tambah MOH.




Dalam pada itu, MOH berkata Kopitiam @ Jurong East (10 Jurong East Street 12) telah dilawat pesakit Covid-19 pada dua hari, iaitu 6 November dan 8 November lalu.




Mereka yang berada di situ antara 5.45 hingga 6.30 petang pada 6 November, dan 8.30 hingga 9.15 malam pada 8 November dinasihati memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh lawatan tersebut, kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >