Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 penulis buku Melayu antara yang disenarai bagi anugerah Hadiah Sastera Singapura 2018

Jun 19, 2018 | 02:17 PM



SENARAI pendek Hadiah Sastera Singapura (SLP) 2018 telah diumumkan oleh Majlis Buku Singapura pagi tadi.



Seramai 50 penulis Singapura dalam empat bahasa bersaing bagi hadiah kesusasteraan terbaik di acara Anugerah SLP pada 6 Ogos ini yang bakal berlangsung di Auditorium Stephen Riady.



Di kalangan 50 penulis tersebut adalah 10 penulis buku dalam bahasa Melayu yang menulis dalam tiga genre berbeza iaitu buku fiksyen, buku bukan cereka kreatif dan buku puisi.



Penulis Encik Djohan A Rahman, 47 tahun; Encik Farihan Bahron, 39 tahun; Encik Adam Fadila, 69 tahun; dan Cik Sharifah Mohamed mendapat pengiktirafan buat julung-julung kalinya bagi anugerah SLP ini, manakala, ini pengiktirafan ketiga buat Encik Hamed Ismail, 70 tahun.



Penulis buku Melayu lain yang turut mendapat pengiktirafan adalah Hassan Hasaa'Ree Ali, Ahmad Md Tahir, Peter Augustine Goh dan Yazid Hussein.



Buat julung-julung kalinya, masyarakat awam boleh menghadiri acara anugerah SLP bersempena sambutan Majlis Buku Singapura yang ke-50 tahun menerusi pendaftaran percuma di laman Peatix.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >