10 perkara anda perlu tahu tentang NDR 2019

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong baru selesai menyampaikan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2019 di ITE Kolej Tengah.

Berikut 10 perkara utama yang disampaikan dalam ucapan Bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris beliau.

MEMASTIKAN SETIAP ANAK MUDA BERJAYA, TIDAK KIRA LATAR BELAKANGNYA 

1. Subsidi prasekolah dipertingkat. Had kriteria gaji keluarga bagi subsidi prasekolah dinaikkan kepada $12,000 sebulan dari $7,500 sebulan kini.

2. Yuran tahunan di Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dikurangkan.

3. Dermasiswa pemerintah bagi siswazah program ijazah umum di universiti, program diploma politeknik serta program diploma dan ijazah di ITE, Nafa dan Laselle dipertingkat.

4. Dermasiswa pemerintah bagi kursus perubatan di universiti dipertingkat.

MEMBOLEHKAN PEKERJA BEKERJA LEBIH LAMA 

5. Usia persaraan dinaikkan dari 62 tahun ke 63 tahun pada 2022; 65 tahun menjelang 2030.

6. Usia pengambilan semula kerja dinaikkan dari 67 tahun ke 68 tahun pada 2022; 70 tahun menjelang 2030.

PERUBAHAN IKLIM, MEMPERBAHARUI BANDAR

7. Memperkukuh benteng negara terhadap perubahan iklim segenting usaha Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pertahan negara.

8. Polder dan daik pilihan huraian penting bagi Singapura cegah banjir.

9. 9,000 unit perumahan HDB dan privet bakal dibangun di Persisiran Selatan Besar (GSW).

10. Pulau Brani bakal jadi 'Sentosa kedua' dengan pembangunan akan datang.