Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

10 program perkukuh keluarga di FSC serata negara dalam masa 3 tahun

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 10 Program Pengukuhan Keluarga di Pusat Khidmat Keluarga (SFP@FSC) akan dilancarkan di beberapa lokasi serata negara dalam tempoh tiga tahun mendatang.



Inisiatif itu akan membantu pasangan yang menghadapi cabaran besar dan keluarga yang menunjukkan tanda-tanda tekanan awal.



Ia akan menggabungkan program sedia ada dalam bidang perkahwinan dan perceraian, termasuk persiapan perkahwinan dan sokongan bagi pasangan yang bernikah awal di bawah usia 21 tahun dan perkahwinan melibatkan pasangan asing, dan program ditawarkan Agensi Pakar Sokongan Perceraian.



Sebuah khidmat kaunseling keluarga baru juga akan diperkenalkan di SFP@FSC untuk menangani masalah hubungan keluarga dan perkahwinan.



Memberi butiran lanjut mengenai daya usaha itu semasa bahas Belanjawan bagi MSF semalam, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling, berkata dua SFP@FSC telah dirintis bersama Care Corner Singapore dan Fei Yue Community Services pada 2019.



"Kami menjangka menambahkan lima SFP@FSC, dengan tiga lagi agensi khidmat sosial bekerjasama dengan MSF menjelang suku terakhir tahun ini; dan baki limanya dilancarkan dalam tempoh dua tahun mendatang," kata beliau.



Demi memberikan sokongan secara menyeluruh kepada keluarga, pendekatan kawasan, bersepadu dan pelbagai disiplin akan diambil.



Setiap SFP@FSC akan diatur mengikut 10 kawasan kelompok Pejabat Khidmat Sosial (SSO) untuk menjadikannya lebih mudah bagi keluarga mendapatkan bantuan apabila diperlukan.



Dalam setiap kawasan, SFP@FSC akan bekerja rapat dengan penyedia khidmat lain, seperti SSO dan rakan FSC, untuk memastikan penyampaian perkhidmatan lebih lancar, proses rujukan lebih ketat dan bantuan lebih menyeluruh kepada keluarga, terutamanya mereka yang mempunyai keperluan pelbagai dan rumit.



SFP@FSC juga akan mengumpulkan karyawan dilatih dalam kaunseling keluarga, kaunseling kewangan dan psikologi untuk memenuhi keperluan keluarga dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >