100 benefisiari terima daging korban dari Jamiyah

 

SERATUS benefisiari menerima daging korban daripada Jamiyah Singapura pada Ahad (11 Ogos, dalam satu majlis khas di rumah tumpangan sementara Darul Islah.

Kumpulan benefisiari itu termasuk fakir dan keluarga penghuni rumah tumpangan itu.

Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang membantu mengagih-agihkan daging kepada penerima, berkata beliau berbesar hati kerana pengagihan daging korban menunjukkan semangat berkongsi.

Kata beliau, perkongsian seperti itu hanya berlaku kerana kemakmuran yang dinikmati di Singapura.

Dalam pada itu, beberapa Anggota Parlimen (AP) lain berkongsi pengalaman mereka menyambut Hari Raya Aidiladha di laman media sosial.

Dr Yaacob Ibrahim (GRC Jalan Besar), yang menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Amin di Telok Blangah berkata beliau berbesar hati melihat ramai relawan membantu dalam operasi korban di masjid itu.

Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perdagangan dan Perusahaan) Encik Chee Hong Tat turut bertemu relawan dan benefisiari di Masjid An-Nahdhah di Bishan.

 

Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad, pula menunaikan solat jemaah Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamae Chulia. Presiden Halimah Yacob turut menyertai solat jemaah di sana.

Galeri Foto