Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

150 keluarga dan Indranee 'makan bersama' di Zoom sempena Hari Makan Bersama Keluarga Anda

Nov 19, 2021 | 10:05 PM



BAGI menggalak warga Singapura mempererat hubungan lebih akrab bersama keluarga, majikan digalakkan membenarkan pekerja mereka untuk pulang atau tinggalkan pekerjaan mereka pada 5 petang Jumaat (19 November) untuk makan bersama keluarga.



Dalam satu edisi khas 'Hari Makan Bersama Keluarga Anda', sekitar 150 keluarga menikmati sesi makan beramai-ramai dengan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang berinteraksi dengan keluarga yang terlibat di Zoom untuk ketahui apakah pengertian "Made For Families" itu buat mereka.



Acara maya "Eat With Your Family Day Is Made For Families" adalah yang terakhir bagi sambutan Hari Makan Bersama Keluarga Anda tahun ini. Acara itu dianjurkan Pusat bagi Kebapaan, MUMS for Life and Dads for Life, dengan kerjasama Families for Life dalam menyokong jenama Made For Families.



Kata Cik Indranee: "Hari Makan Bersama Keluarga Anda adalah peringatan penting untuk meluangkan masa bersama keluarga. Sedang ramai daripada kita bekerja dari rumah, banyak masa dihabiskan dengan mesyuarat maya atau e-mel. 



"Kita harus membuat usaha bersepadu dalam membebaskan diri kita daripada kerja pada selang waktu yang tetap dan menikmati tempoh berharga dengan orang tercinta.



"Saya gembira  untuk ketahui terdapat lebih 600 syarikat yang menyokong inisiatif mesra keluarga seperti ini, hari ini. Syarikat yang tertumpu pada keluarga akan lebih mempunyai tenaga kerja yang lebih gembira dan berdaya penghasilan, mendapati lebih mudah untuk mendapatkan dan mengekalkan mereka serta mempunyai budaya kerja yang positif. Marilah kita bersatu hati untuk bina Singapura Yang Dicipta Buat Keluarga."



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat bagi Kebapaan, Encik Bryan Tan, pula berkata: "Sewaktu musim Covid-19 ini di mana ramai individu bekerja dari rumah, pekerja biasanya bertarung dengan sempadan kerja dan kehidupan yang kabur, dengan adakalanya bekerja melebihi waktu kerja biasa.



"Hari Makan Bersama Keluarga Anda mengingatkan ibu bapa agar mengetepikan kerja mereka dan gajet mereka serta berhubung dengan anak-anak mereka sewaktu makan bersama. Hingga ke hari ini, lebih 600 pertubuhan komited dengan Hari Makan Bersama Keluarga dengan menggalak pekerja agar berhenti bekerja pada 5 petang sekali dalam setiap tiga bulan untuk menjalin keakraban keluarga sambil makan malam." 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >