SEKITAR RAMADAN
100 keluarga terima bantuan pek makanan
Sukarelawan kumpulan pemandu dan peminat kereta 'turun padang' agih sumbangan
Jul 01, 2016 | 05:30 AM
SERAMAI 100 keluarga Melayu/Islam yang memerlukan di sekitar Ang Mo Kio menerima bantuan pek makanan sebagai sebahagian daripada usaha amal sempena Ramadan.
Buat pertama kali usaha itu diterajui oleh dua kumpulan Melayu, Team Namaikitora, yang terdiri daripada lebih 80 pemandu kenderaan empat roda serta Street Addicts Crew, iaitu sebuah kumpulan pencinta kereta.