100 orang diizin bagi solat Jumaat di empat masjid mulai minggu ini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

100 orang diizin bagi solat Jumaat di empat masjid mulai minggu ini

MCCY: Sebahagian usaha perintis pertingkat hadirin khidmat agama dari 50 kepada 100 di masjid, gereja dan kuil
Aug 04, 2020 | 05:30 AM

EMPAT masjid di sini dibolehkan menampung hingga 100 jemaah bagi solat Jumaat bermula minggu ini.

Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman akan dibolehkan menampung dua kali ganda had jemaah yang ditetapkan sekarang bermula Jumaat ini, sebagai sebahagian usaha perintis meningkatkan jumlah jemaah bagi perkhidmatan keagamaan daripada 50 kepada 100 jemaah.

Empat masjid tersebut sebahagian daripada 12 pertubuhan agama yang dipilih bagi usaha itu.

Ini diumumkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Buat masa ini, peningkatan jumlah jemaah dibenarkan hanya bagi solat Jumaat sahaja di empat masjid itu.

Solat berjemaah bagi solat biasa lain masih tetap dihadkan pada 50 jemaah.

Dengan peningkatan jumlah jemaah, langkah pengurusan selamat akan tetap diteruskan demi memastikan keselamatan kesihatan awam.

Menurut MCCY, dua zon yang menampung 50 jemaah setiap satu mesti diadakan dalam tempat ibadah terlibat bagi solat jemaah atau perkhidmatan keagamaan lain.

"MCCY telah berunding dengan pemimpin agama... untuk mengenal pasti pertubuhan agama bagi merintis ini.

"Tempat terpilih mencerminkan kepelbagaian amalan keagamaan dan persekitaran penyembahan di Singapura.

"Pertubuhan agama yang terlibat mesti sudah pernah mengadakan solat jemaah atau khidmat keagamaan lain bagi hingga 50 orang di bawah garis pandu Fasa Dua (pembukaan semula Singapura)," kata MCCY.

Kementerian itu menambah bahawa selain memastikan langkah pengurusan selamat yang diperkenal pada Fasa Dua terlaksana, pertubuhan agama terpilih bagi usaha percubaan itu mesti melaksana langkah tambahan lain bagi memastikan jemaah yang lebih ramai tetap selamat.

Dua zon yang diadakan untuk menampung hingga 50 jemaah setiap satu mesti dipisahkan oleh pengadang atau pemisah fizikal.

Jemaah juga mesti menjaga jarak selamat antara satu sama lain pada setiap masa dan mengelak berinteraksi sesama jemaah, terutama dari zon berbeza.

Kedua-dua zon itu juga mesti mempunyai tempat masuk dan keluar berbeza atau waktu masuk dan keluar berbeza bagi setiap zon.

Kesemua 12 tempat ibadah terpilih mesti memberikan Rancangan Pengurusan Selamat masing-masing kepada MCCY sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pelaksanaan rintis itu.

MCCY kemudian akan menilai sebaik mana tempat ibadah itu dapat melaksana langkah pengurusan selamat tersebut, sebelum memutuskan untuk membolehkan tempat ibadah lain menampung lebih ramai jemaah.

Selain empat masjid itu, tempat ibadah lain yang terpilih termasuk gereja Kristian, kuil Hindu, kuil Buddha dan kuil Sikh.


"MCCY telah berunding dengan pemimpin agama... untuk mengenal pasti pertubuhan agama bagi merintis ini. Tempat terpilih mencerminkan kepelbagaian amalan keagamaan dan persekitaran penyembahan di Singapura."
- MCCY.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map