Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

100 pesakit ginjal terima juadah makanan Hari Raya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

100 pesakit ginjal terima juadah makanan Hari Raya

May 02, 2022 | 06:10 PM

SERAMAI 100 keluarga pesakit ginjal di bawah Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) telah menerima juadah makanan Hari Raya petang Isnin (2 Mei), hari terakhir bulan Ramadan yang suci ini.
Acara pengagihan itu telah dijayakan dengan bantuan kerjasama Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Forum Belia Muslim Singapura, Grab Singapore dan kumpulan kewangan TAQ Wealth Associates.
Antara lain, acara itu juga merupakan tahun kedua Madrasah Aljunied Al-Islamiah bekerjasama dengan badan-badan terpilih sebagai program memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan.
Turut merasmikan acara itu adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.
“Ini satu acara yang baik kerana ia merangkumi penglibatan lebih banyak badan amal termasuk syarikat penghantar makanan Grab, untuk menyebarkan mesej suci perayaan hari raya bersama golongan yang lebih memerlukan di Singapura,” ujar Encik Fahmi yang telah merasmikan keberangkatan penghantar makanan Grab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah semalam.
Pengetua sekolah Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Khairiana Zainal Abiden, berkata:
“Ini adalah salah satu program untuk mempraktikkan nilai-nilai ihsan dan ikhlas yang merupakan antara nilai pendidikan yang dipupuk kepada pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah.”
“Harapan kami agar sumbangan juadah hari raya kami ini dapat menambah keceriaan para pesakit MKAC dan keluarga di hari raya pertama nanti, insya-Allah.”
Setiap penerima akan menerima juadah hari raya seperti rendang, sambal goreng pengantin, ayam masak merah, serunding, nasi impit dan lauk lodeh untuk dikongsi hingga lima orang makan. Setiap pek itu bernilai $150.
Antara penerima juadah itu adalah Cik Majmin Mohamed Noor, pesakit ginjal berusia 60 tahun.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas pemberian juadah aidilfitri ini yang saya telah terima dengan setulus kesyukuran,” ujar Cik Majmin yang akan mengongsi juadah itu dan akan menyambut hari raya bersama anak lelakinya yang berusia 20 tahun. 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3