Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100 suspek pesalah dadah ditahan, dadah bernilai $470,000 dirampas: CNB

CNB
Jul 23, 2022 | 04:16 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah menahan 100 orang yang disyaki pesalah dadah dalam satu operasi di seluruh negara antara 18 dengan 22 Julai, merampas dadah dengan nilai pasaran kira-kira $470,000.


Kawasan operasi merangkumi Boon Lay, Changi, Sengkang dan Toa Payoh. Wang tunai berjumlah $63,097 turut dirampas.


Dalam salah satu serbuan, pegawai CNB menyasarkan satu unit kediaman di sekitar Sumang Walk dan menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun pada 19 Julai lalu kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah.


Kira-kira 66 gram (g) heroin dan 16g Ice telah dirampas, berserta peralatan dadah dan wang tunai berjumlah $4,327.


Pada 21 Julai, pegawai CNB memberkas empat lelaki warga asing, berusia antara 22 dengan 30 tahun. Seorang berjaya ditangkap selepas dikejar.


Pegawai CNB merampas paket Ice, ganja dan tablet Ecstasy daripada seorang lelaki berusia 29 tahun, manakala satu lagi paket ganja ditemui daripada seorang lelaki berusia 30 tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >