Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 lokar penghantaran disediakan di S'pura jelang akhir 2021, setahun lebih awal: IMDA

Jul 03, 2020 | 06:38 PM



SEBANYAK 1,000 stesen lokar bagi bungkusan penghantaran dijangka disediakan menjelang akhir 2021 dengan kumpulan pertama lokar tersebut akan disediakan mulai awal tahun depan, kata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Jumaat (3 Julai).



Dalam kenyataanya, IMDA berkata pengguna boleh menikmati perkhidmatan penghantaran yang lebih mudah serta ditawar pelbagai pilihan pengambilan bungkusan sedang ia mempercepatkan pelancaran stesen loker bungkusan itu di bawah Rangkaian Lokar Bungkusan Serata Negara setahun lebih awal.



IMDA juga mengumumkan bahawa ia akan membentuk Pick Network (Pick), sebuah anak syarikat milik penuh, bagi mengerah, memiliki dan mengendalikan rangkaian lokar tersebut.



Syarikat tersebut juga telah menandatangani Memorandum Hasrat (MOI) dengan firma-firma perdagangan elektronik seperti Lazada, Qoo10, Shopee dan penyedia perkhidmatan logistik (LSP) seperti Singpost.  



Dengan itu, pelanggan yang telah membeli produk daripada wadah e-dagang dapat mengirim bungkusan mereka daripada stesen lokar tersebut dengan lebih lancar.



Sementara itu, Pick sedang bekerjasama dengan firma LSP lain seperti DHL, EasyParcel, FedEx, J&T Express, Ninja Van, Qxpress, ST Logistics, UPS dan WMG untuk membolehkan penghantaran dan pengembalian bungkusan yang lancar menerusi stesen lokar itu. 



SingPost pula akan bekerjasama dengan Pick untuk memanfaatkan prasarana di seluruh negara agar ia dapat membentuk bersama perkhidmatan baru yang sesuai.



Menteri Perhuhungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, berkata rangkaian lokar itu akan merubah prasarana penghantaran jarak akhir Singapura dan mewujudkan ekosistem penghantaran berkekalan yang memanfaatkan kededua pengguna dan syarikat dalam industri tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >