Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 orang ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk bagi sembilan bulan pertama 2021

Dec 09, 2021 | 11:32 PM



SERAMAI 1,000 individu ditangkap Polis Trafik kerana memandu dalam keadaan mabuk bagi sembilan bulan pertama tahun ini (2021), hampir sama dengan jumlah pada tempoh serupa tahun lalu.



Dalam ucapannya di kempen anti memandu dalam keadaan mabuk yang diadakan secara tahunan, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, pada Khamis (9 Disember), juga berkata 117 orang cedera dalam kemalangan yang berpunca daripada memandu dalam keadaan mabuk, antara Januari dengan September. 



Ia adalah tambahan daripada 103 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.



Secara purata, seorang individu terbunuh setiap bulan kerana kemalangan yang berpunca daripada memandu dalam keadaan mabuk, tambah Encik Tan.



Kempen Anti Memandu Dalam Keadaan Mabuk 2021 yang dianjurkan Polis Trafik bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura dilancarkan hampir atau sewaktu musim perayaan seperti tahun-tahun sudah, sebagai peringatan yang tepat pada masanya buat pemandu agar tidak berada dalam keadaan mabuk ketika memandu.



Kempen tahunan ini juga bertujuan mempertingkat kesedaran tentang padahnya apabila seseorang memandu dalam keadaan mabuk. Ia juga bertujuan menggalak pengguna jalan raya agar bertanggungjawab, kata polis dalam kenyataannya pada Khamis.



Slogan bagi kempen tahun ini adalah "Minum atau Memandu, Anda Putuskan", sama seperti kempen tahun lalu, bagi menggalak pemandu agar tidak memandu jika mereka ingin minum arak. Kenyataan itu juga mengingatkan kepada pemandu bahawa jika mereka memilih untuk minum arak, mereka tidak harus memandu dan pulang ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam atau mendapatkan khidmat valet. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan teman atau anggota keluarga yang tidak mabuk untuk memandu mereka pulang ke rumah.



Encik Tan menegaskan dalam ucapannya: "Pengambilan alkohol menjejas daya penilaian kita, menambah kemungkinan terlibat dalam kemalangan, dan justeru itu, membahayakan kehidupan orang sekeliling kita...Kesannya - bukan sahaja pada individu tetapi anggota keluarga mangsa - adalah sangat benar dan kata-kata tidak mampu menggambarkan rasa kehilangan dalam kehidupan mereka."



Beliau menjelaskan lagi: "Kesan daripada memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja dirasakan mangsa dan keluarga mereka tetapi dirasakan pemandu yang mabuk juga. Mereka bukan sahaja perlu menangani trauma menyebabkan atau terlibat dalam kemalangan tetapi rasa bersalah, kekecewaan dan rasa malu apabila mereka mengetahui tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu mungkin menyakiti pihak yang tidak bersalah."



Sebagai sebahagian kempen ini, Polis Trafik menerbitkan video keselamatan jalan raya bertajuk "Apa akan benar-benar terjadi apabila anda ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk?" yang menunjukkan bagaimana pegawai polis trafik menangani pesalah yang ditangkap bagi kesalahan itu.



Poster keselamatan jalan raya dengan slogan kempen ini juga dihasilkan dan diedarkan kepada pemegang taruh dan rakan kerjasama bagi mereka paparkan di premis mereka.



"Kami terus kekal prihatin mengenai jumlah mereka yang cedera malahan terbunuh," kata Encik Tan, tetamu terhormat pelancaran kempen itu.



Seorang pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol - walaupun tanpa menyebabkan kemalangan berlaku - boleh didenda hingga $10,000 atau dihukum penjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh dilarang daripada memandu selama dua tahun bagi kesalahan pertama.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >