Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 penduduk CDC North West terima bantuan alat komputer, khidmat jalur lebar

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 1,000 penduduk rentan yang tidak memenuhi syarat bagi skim nasional berkenaan kesediaan digital, atau tidak mampu mendapatkan peralatan digital meskipun terdapat subsidi akan menerima bantuan untuk terus berhubung secara digital melalui program baru yang dilancarkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West.



Ini termasuk menerima peranti dan aksesori yang diperbaharui secara percuma serta khidmat jalur lebar bersubsidi.



Program baru, DigiReady @ North West, bertujuan menyediakan jaringan keselamatan supaya penduduk yang memerlukan tidak ketinggalan atau terjejas semasa tempoh yang mencabar ini, kata CDC itu dalam satu kenyataan semalam.



Dengan kerjasama agensi-agensi berlainan bersama pertubuhan akar umbi (GRO) dan Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA), CDC dapat mendekati penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan digital.



Kerjasama itu turut melibatkan Engineering Good dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



North West CC berkata mereka akan terus akan meningkatkan usaha supaya penduduk yang rentan diberi sokongan secara bersepadu.



Menurut North West CDC, peranti yang didermakan akan di perbaharui dan diagihkan secara percuma bagi golongan dewasa, warga emas dan pelajar berpendapatan rendah.



Ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk memberi sokongan di samping Program NEU PC Plus IMDA, yang memberikan bantuan yang disasarkan kepada pelajar berpendapatan rendah.



North West CDC berkata mereka akan terus memberi subsidi bagi sebahagian pembayaran bersama untuk benefisiari di bawah skim Home Access IMDA, dengan subsidi tambahan CDC sehingga $10 sebulan.



Benefisiari boleh menikmati jalur lebar sepantas 500 Mbps secara percuma, atau sambungan 1 Gbps dengan kos yang lebih rendah.



Engineering Good juga akan mengadakan bengkel untuk melengkapkan syarikat dan relawan masyarakat dengan kemahiran huraian masalah dan memperbaiki asas, untuk memanjangkan jangka hayat peranti digital.



Mayor North West CDC, Encik Alex Yam berkata sebelum ini, mereka telah banyak mendapat maklum balas mengenai isu yang dialami penduduk melalui pendekatan serta maklum balas daripada rakan kongsi masyarakat yang berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu.



"Terdapat beberapa keluarga yang tidak mampu membeli peranti digital, atau mempunyai akses jalur lebar walaupun dengan harga subsidi, atau bayaran untuk pembaikan peranti yang rosak.



"Kami berharap dapat menghulur bantuan dan menutup jurang mendesak ini di dalam masyarakat, terutama dengan alat digital yang kini semakin penting bagi penduduk dalam iklim sekarang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >