Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 penerima SIRS beri pernyataan salah, akan diminta pulangkan wang

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 0.5 peratus, atau sekitar 1,000 pemohon yang berjaya menerima Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) didapati telah melakukan pernyataan yang salah, dedah Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di Parlimen semalam.



Mereka telah dihubungi dan diminta memulangkan wang yang diterima di bawah SIRS, tambahnya.



Cik Teo telah menjawab soalan yang diajukan Encik Gan Thiam Poh (Ang Mo Kio) tentang sama ada terdapat sebarang kes permohonan palsu di bawah SIRS dan jika ada, apakah langkah seterusnya yang telah dilakukan.



Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) pula bertanya tentang kadar mereka yang telah diminta memulangkan semula pembayaran SIRS mereka dan sebab utama ia berlaku.



Dalam jawapannya, Cik Teo berkata kementeriannya memandang serius maklum balas yang diterima daripada orang awam dan sedar akan penipuan yang melibatkan SIRS.



"MOM (Kementerian Tenaga Manusia) dan NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan) memandang serius maklum balas orang ramai, termasuk dari pemberi maklumat.



"Kami sedar terdapat penipuan yang mengundang individu yang bukan penerima yang dimaksudkan SIRS untuk membuat permohonan.



"Kes-kes sedemikian telah dikemukakan kepada polis untuk disiasat," kata Cik Teo.



Encik Gan turut bertanya sama ada terdapat rancangan mengaudit SIRS untuk memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang betul.



Cik Teo berkata geran pemerintah seperti SIRS yang menggunakan wang rakyat tertakluk kepada audit kewangan oleh juruaudit luaran yang dilantik oleh NTUC.



MOM juga melakukan auditnya sendiri sebelum dan sesudah tahap pembayaran akhir dilakukan.



Audit bagi permohonan masih dijalankan, kata Cik Teo.



"Untuk memberi bantuan yang tepat pada masanya kepada individu yang bekerja sendiri, kelayakan dinilai berdasarkan pernyataan pemohon mengenai pendapatan pekerjaan mereka dan jumlah hartanah yang dimiliki.



"Mereka yang pengisytiharannya memenuhi kriteria kelayakan telah menerima pembayaran," jelasnya.



Beliau menambah:



"Audit seterusnya mengesahkan kelayakan kebanyakan pemohon yang berjaya, tapi kami juga menemui beberapa kes pengisytiharan yang salah, yang merangkumi sekitar 0.5 peratus dari semua permohonan SIRS yang berjaya.



"Untuk bersikap adil dan konsisten kepada semua pemohon, mereka yang mempunyai pernyataan yang salah telah diminta untuk mengembalikan pembayaran SIRS mereka.



"Ada yang telah melakukannya, dan kami akan menghubungi yang lain secara berasingan untuk memberi mereka masa untuk melakukannya."



Menurut laporan media sebelum ini, hampir 200,000 individu telah mendapat manfaat daripada Skim Bantuan Pendapatan Orang Bekerja Sendiri, dengan sekitar $1.8 bilion diagihkan antara April dan Disember lalu.



Lebih daripada separuh benefisiari layak secara automatik bagi SIRS, sementara yang lain berjaya memohon bantuan itu.



SIRS dihentikan pada akhir bulan lalu namun Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah melancarkan Geran Pemulihan Covid-19 baru untuk membantu pekerja dan warga yang bekerja sendiri yang masih memerlukan bantuan kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >