Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1000 sensor dipasang dalam pelan Negara Bijak

Oct 10, 2014 | 04:15 PM



LEBIH 1,000 sensor yang dapat mengesan kebanyakan perkara seperti mutu udara, tahap air dan keselamatan awam akan dilancarkan di seluruh Singapura sebagai antara usaha pemerintah memulakan pelan Negara Bijak.


Sensor-sensor itu akan menyokong projek yang diumumkan sebelum ini oleh pelbagai agensi pemerintah, termasuk pengawasan kamera di Little India dan Geylang, serta sensor tahap air di Singapore River dan longkang untuk memantau banjir.


"Ini merupakan tempat-tempat di mana agensi-agensi mempunyai keperluan operasi segera dan memerlukan sistem pelancaran secepat mungkin," kata Encik Khoong Hock Yun, pembantu ketua eksekutif kumpulan pembangunan di Penguasa Pembangunan Infokom (IDA).


Beliau berkata sebuah tender akan dikemukakan pada akhir tahun untuk tujuan itu, yang dilihat sebagai penjimatan lumayan kerana infrastruktur itu akan dikongsi pelbagai agensi.


Sistem pelancaran dijangka selesai sebelum akhir tahun hadapan.


Sensor itu akan dihubungkan ke kotak Pintu Masuk Pengumpulan (Aggregation Gateway), yang biasanya dipasang di persimpangan trafik, taman atau perhentian bas agar data-data dari misalnya kamera pengawasan atau sensor mutu udara akan memberikan maklum balas kepada pejabat-pejabat agensi yang relevan untuk diteliti.


Pelancaran sensor itu akan dilakukan bersama ujian yang sama di Jurong Lake District, yang sebelum ini diumumkan sebagai tempat ujian (test bed) bagi menjadikan Singapura sebuah negara bijak.


IDA berkata, hasil dari ujian di Jurong Lake District itu akan digunakan untuk pelancaran komersial tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >