Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

100,000 kakitangan jagaan kesihatan awam akan terima hingga $4,000 setiap seorang

Nov 05, 2021 | 08:00 PM

SERAMAI 100,000 kakitangan pertubuhan penjagaan kesihatan awam yang terlibat dalam usaha memerangi Covid-19 akan menerima hingga $4,000 setiap seorang bagi mengiktiraf sumbangan dan kerja keras mereka.

Ini termasuk semua kakitangan di hospital akut, hospital masyarakat, poliklinik, dan rumah jagaan warga emas.

Pemberian yang dinamakan Anugerah Penjagaan Kesihatan Covid-19 itu diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Jumaat (5 Nov).

“Saya tahu pemberian kewangan ini tidak mencerminkan sepenuhnya sumbangan pekerja penjagaan kesihatan, dan ia juga bukan pendorong utama seorang pekerja penjagaan kesihatan.

“Tetapi ia adalah langkah sewajarnya bagi MOH (Kementerian Kesihatan) untuk mengiktiraf sumbangan anda pada tahun yang luar biasa ini,” kata Encik Ong.

MOH juga akan memberikan $10,000 kepada setiap Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang boleh dikongsi dalam kalangan kakitangan klinik.

Kakitangan institusi penjagaan kesihatan akan menerimanya pada Disember ini, manakala kakitangan di pertubuhan jagaan masyarakat dan PHPC akan menerimanya pada suku pertama tahun depan.

Encik Ong mengumumkan langkah mengiktiraf kakitangan penjagaan kesihatan itu dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Perubatan Nasional (NMEA) pada Jumaat.

Seramai empat individu dan dua pasukan telah menerima NMEA tahun ini bagi sumbangan mereka dalam bidang mutu penjagaan, keselamatan pesakit, penyelidikan serta pendidikan dan latihan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3