Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,020 karton rokok elak cukai dijumpai dalam trak: Pemandu warga M'sia ditahan

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu warga Malaysia berusia 29 tahun ditahan Sabtu lalu selepas 1,020 karton rokok elak cukai ditemui di dalam traknya.



Jumlah cukai duti dan barangan dan perkhidmatan yang dielak berjumlah kira-kira $87,100 dan $6,930, kata Kastam Singapura semalam, lapor akhbar The Straits Times.



Dia ditahan dalam satu gerakan pada Sabtu lepas, di sekitar Tuas South Walk.



Pegawai Kastam Singapura terlihat kepala lori yang didaftarkan di Malaysia, dipasang pada sebuah treler serta sebuah trak berdaftar Singapura diletakkan bersebelahan di tepi jalan.



Mereka menemui 1,020 karton rokok elak cukai di dalam trak itu, yang diambil dari petak yang diubah suai di papan lantai treler.



Rokok tersebut serta dua kenderaan itu dirampas, dan prosiding mahkamah terhadap lelaki itu sedang berlangsung.



Kastam Singapura memberi amaran bahawa membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius.



Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan cukai barangan dan perkidmatan (GST) yang dielakkan, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duaya sekali.



"Kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dilucutkan," katanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan cukai atau GST boleh menghubungi talian hotline Kastam Singapura di 1800-2330000, atau menghantar e-mel kepada customs_intelligence@ customs.gov.sg untuk melaporkan kegiatan haram itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >