Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

104 ditangkap dalam operasi tiga hari banteras tailong

Jun 02, 2016 | 02:36 PM



POLIS menangkap 104 suspek berusia antara 18 dan 72 tahun dalam satu operasi antitailong seluruh pulau antara Isnin (30 Mei) dan Rabu.



Mereka - 81 lelaki dan 23 wanita - disyaki terlibat dalam kegiatan tailong, kata polis dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis (2 Jun).



Semasa operasi tiga hari itu, pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan enam divisyen polis serentak menyerbu beberapa lokasi di seluruh Singapura untuk menangkap suspek.



Siasatan awal mendapati empat suspek dipercayai menjadi kaki yang membantu tailong dengan melakukan pemindahan ATM atau mendapatkan kad ATM bagi kegunaan sindiket.



Tiga suspek dipercayai menjadi pengganggu yang melakukan gangguan tailong seperti menyimbah cat dan mencoret grafiti pada tembok.



Seorang lagi suspek dipercayai menyediakan maklumat hubungan palsu apabila mendapatkan pinjaman daripada tailong. Siasatan di bawah Akta Pendaftaran Negara akan dijalankan terhadapnya kerana gagal melaporkan pertukaran alamat, kata polis.



Baki 96 suspek dipercayai membuka akaun bank dan memberi kad ATM dan nombor PIN mereka kepada tailong untuk memudahkan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen mereka.



Siasatan terhadap kesemua suspek masih berjalan.



Polis berkata ia akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan tailong, tanpa mengira peranan mereka, dan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sepenuhnya.



Ini termasuk yang membuka atau memberi akaun bank mereka bagi membantu tailong.



Orang ramai boleh menghubungi talian 999 atau hotline Long X-Ah di 1800-924-5664 jika mereka mengesyaki atau mengetahui sesiapa yang mungkin terlibat dalam kegiatan tailong.



Pesalah kali pertama yang membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen boleh didenda antara $30,000 dan $300,000, dipenjara hingga empat tahun dan boleh disebat hingga enam kali.



Yang bersalah bertindak bagi pihak tailong, melakukan atau cuba melakukan sembarang perbuatan gangguan boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda antara $5,000 dan $50,000, dan dirotan antara tiga dan enam kali.



Mereka yang didapati bersalah memberi maklumat hubungan palsu bagi mendapatkan pinjaman daripada tailong boleh dipenjara hingga 12 bulan.



Di bawah Akta Pendaftaran Negara, sesiapa bersalah gagal melaporkan pertukaran alamat boleh dikenakan hukuman denda hingga $5,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >