SERAMAI 104 kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tercedera dalam 90 kemalangan trafik pada enam bulan pertama tahun ini.
Pada tempoh yang sama pada 2018, 135 kanak-kanak tercedera dalam 108 kemalangan.
Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin berkata setiap kanak-kanak yang tercedera adalah “terlalu banyak” walaupun terdapat kemerosotan, kerana kemalangan sebegini boleh dielak.
Beliau sedang berucap hari ini (12 November) di peringkat akhir acara tahunan ke-39 Shell Traffic Games, di mana murid sekolah rendah diuji akan pengetahuan keselamatan jalan raya mereka. Ia diadakan di Road Safety Community Park di East Coast.
“Usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dan memupuk tabiat elok tidak boleh berhenti, terutama sekali bagi anak-anak kami,” kata Encik Amrin.
Beliau berkata Polis Trafik dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura akan terus mendidik kanak-kanak akan bahaya di jalan raya.