Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

104 suspek ditahan dalam operasi CNB

Apr 27, 2019 | 05:30 AM



SERAMAI 104 suspek penyalah guna dadah ditangkap dan kira-kira 551gram (g) dadah 'Ice', 308g bahan psikoaktif baru, 57g ganja, tujuh pil Erimin-5, pil 'Ecstasy' dan beberapa bahan GHB (gamma-hydroxybutyrate) telah dirampas dalam operasi empat hari penguatkuasaan antidadah di seluruh pulau yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Operasi 22-26 April yang disokong Pasukan Polis Singapura itu meliputi kawasan seperti Boon Lay, Bukit Batok, Choa Chu Kang, Clementi, Eunos, Marsiling, Simei, Woodlands dan Yishun.



Menurut CNB, pada petang 22 April 2019, pegawai yang ditempatkan di sekitar Bedok North Street 2 melihat seorang lelaki Singapura berumur 35 tahun meninggalkan kawasan itu dengan sebuah kereta bersama seorang lelaki Singapura yang berusia 34 tahun.



Kereta mereka dikesan di pekarangan Tuas View Square.



Sebuah lori yang dipandu seorang lelaki Malaysia, 46 tahun, tiba sejurus kemudian dan berhenti di sebelah kereta berkenaan.



Dua kenderaan itu beredar tidak lama kemudian, tanpa menyedari mereka diekori pegawai CNB, lapor The Straits Times.



Kereta tersebut kemudian dipintas di Eunos Road 5 dan dua lelaki Singapura itu ditahan.



Beg hitam mengandungi 514g 'Ice', bernilai kira-kira $51,000, ditemui di bawah tempat duduk penumpang depan yang diduduki lelaki berusia 34 tahun itu.



Lori terbabit diekori secara berasingan ke Penjuru Lane.



Lelaki Malaysia itu ditangkap selepas dia turun dari lori.



Wang tunai lebih $1,200 tunai dirampas daripada tiga suspek itu.



Dalam pemeriksaan lanjut di kediaman dua lelaki Singapura itu, CNB menemui dua pil Erimin-5, dua pil kuning yang tidak diketahui, dua perkakas dadah milik lelaki berusia 35 tahun dan sedikit 'Ice' miliki lelaki yang berusia 34 tahun.



Siasatan terhadap kegiatan dadah semua suspek sedang dijalankan.



Menurut CNB, dadah 'Ice' 514g boleh memuaskan ketagihan kira-kira 294 penyalah guna selama seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >