Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10,400 peluang kerja, latihan ditawar sektor perkilangan

Sekitar 4,540 jawatan ditawar bagi golongan PMET
Nov 10, 2020 | 05:30 AM



SEKTOR perkilangan terus kekal berdaya tahan di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, dengan sekitar 10,400 peluang pekerjaan dan latihan disediakan dalam sektor itu di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited sehingga pertengahan bulan lalu.



Ini adalah lebih tinggi berbanding 6,300 peluang pekerjaan dan latihan yang sedia ada sehingga hujung Ogos lalu.



Daripada jumlah pekerjaan dan latihan yang disediakan itu, 6,370 merupakan pekerjaan - dengan 4,540 adalah bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan 1,830 adalah bagi peranan bukan PMET.



Ini merupakan kenaikan hampir seganda daripada 3,200 pekerjaan yang ditawarkan sehingga hujung Ogos lalu.



Selain pekerjaan, terdapat 2,710 peluang latihan yang disediakan syarikat dan 1,330 tempat latihan.



Mengongsi perangkaan tersebut di akhir satu lawatan ke Sembcorp Marine semalam, Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata kelompok elektronik, kejuruteraan jitu dan perkilangan makanan merupakan antara sektor yang menawarkan jumlah pekerjaan dan latihan yang tertinggi.



Antara peranan bagi PMET yang ditawarkan ialah teknisyen kejuruteraan perkilangan, jurutera elektronik dan pembangun sofwe, laman serta multimedia dengan gaji median adalah antara $1,700-$6,000.



Bagi bukan PMET pula, antara peranan yang ditawarkan ialah kerani pengeluaran dan pengimpal, dan gaji median adalah $1,300- $2,500.



Sementara itu, jumlah individu yang berjaya mendapatkan kerja dan peluang latihan dalam sektor perkilangan menerusi inisiatif di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited bertambah hampir tiga kali ganda daripada 730 individu pada hujung Jun lalu kepada 2,120 individu pada pertengahan bulan lalu.



Sekitar 1,350 daripada mereka mendapat pekerjaan manakala lagi 320 ditempatkan dalam peluang latihan yang disediakan syarikat, dan baki 450 individu pula mendapat tempat latihan.



Pengeluaran bagi sektor perkilangan Singapura meningkat 24.2 peratus pada September lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.



Sebahagian besar pertumbuhan itu dipacu sektor seperti perkilangan bioperubatan dan elektronik, yang terus berkembang dan mengambil pekerja.



Cik Teo, yang melakukan lawatan ke Sembcorp Marine bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, semalam berkata adalah penting untuk memberikan gambaran kepada pemohon kerja tentang pilihan kerja dan latihan yang sedia ada.



"Dalam sektor perkilangan, masih ada kerja kosong. Terdapat juga sejumlah peluang latihan disediakan syarikat yang baik. Kami tahu ia akan mengambil masa bagi orang ramai membiasakan diri mereka dengan peluang ini.



"Namun, ia adalah usaha penting untuk mendekati pemohon kerja agar mereka dapat melihat semua pilihan yang ada, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka mendapatkan peluang sedia ada ini," kata beliau.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >