TERDAPAT seramai 10,500 pemandu kereta sewa privet seperti Uber dan Grab - golongan pekerja bebas terbesar yang menggunakan wadah Internet mencari kerja dalam ekonomi 'gig'.
Menyatakan demikian semalam, Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say berkata pekerja bebas yang menggunakan wadah Internet ini masih merupakan minoriti daripada sejumlah 200,000 pekerja bebas di Singapura.