Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

108 kes bocor data sektor awam tahun lalu, naik daripada 75 pada 2019

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



PEGAWAI awam melaporkan 108 kes pembocoran data dalam sektor awam tahun lalu, bertambah 44 peratus daripada 75 kes pada 2019.



Semua insiden itu disifatkan sebagai 'sederhana' atau 'rendah' mengikut laporan tahunan kedua tentang usaha pemerintah dalam melindungi data-data peribadi yang disiarkan semalam.



Laporan itu, yang disiapkan oleh Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) tidak memberikan butiran lebih lanjut tetapi menyifatkan tahap 'sederhana' sebagai pembocoran data yang telah menyebabkan agensi pemerintah mengalami kesan tidak diingini atau kesukaran, yang juga menyebabkan kesusahan kecil terhadap individu atau perniagaan.



Tiada insiden teruk dilaporkan tahun lalu seperti yang menjejas keselamatan negara atau keyakinan awam, atau yang menyebabkan kematian atau kecederaan fizikal, menjejas kewangan atau emosi yang berterusan bagi individu.



Buat masa ini, hanya dua insiden teruk sedemikian telah dilaporkan dan kededuanya berlaku pada 2018.



Yang pertama ialah pendedahan tanpa kebenaran data sulit milik 14,200 pesakit daripada daftar HIV Kementerian Kesihatan (MOH).



Yang kedua pula ialah akses tanpa kebenaran kepada 223 fail kes yang disebabkan kelemahan sistem dalam talian yang digunakan Mahkamah Negara.



Antara 108 kes yang dilaporkan tahun lalu, enam dilaporkan oleh pihak awam menerusi Pusat Kontak Keselamatan Data Pemerintah, portal dalam talian yang dilancarkan pada April tahun lalu. Butiran kes-kes ini belum lagi disiarkan.



Peningkatan dalam insiden melibatkan data awam mencerminkan trend yang berlaku dalam sektor privet di sini.



Tahun lalu, penduduk di sini membuat 6,100 aduan terhadap pertubuhan privet kerana mensyaki pembocoran data peribadi berlaku, kata SNDGO.



Pada 2019, 4,500 aduan dibuat kepada badan pemerhati privasi Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi.



"Ini sebahagiannya, mungkin berlaku kerana krisis Covid-19 telah mempercepat pendigitalan pada tahun yang lalu," kata SNDGO.



Dengan lebih banyak perniagaan melaksanakan kegiatan di dalam talian, selaras dengan sekatan pergerakan bagi melindungi kesihatan awam, lebih banyak data telah dijana dan bertukar tangan. Ini menambah risiko data terdedah, kata SNDGO.



"Aturan bekerja dari rumah dan penggunaan rangkaian (Internet) di rumah yang tidak dilindungi juga boleh menambah risiko insiden data berlaku," kata SNDGO.



"Trend ini menunjukkan risiko keselamatan data yang bertambah dan dihadapi sektor privet dan awam dan... keperluan terdesak untuk melaksanakan langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi data peribadi."



Memainkan peranannya dari sudut ini, sektor awam telah memberi komitmen untuk melancarkan 24 langkah-langkah utama menjelang 2023. Ini sebahagian pelaburan $1 bilion untuk melindungi data peribadi warga dengan lebih baik.



Langkah-langkah ini diusul oleh Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam (PSDSRC) yang dibentuk pada Mac 2019 selepas beberapa kejadian pencerobohan keselamatan siber, termasuk yang paling teruk melibatkan 1.5 juta pesakit SingHealth pada Jun 2018.



Rangka kerja PSDSRC itu dijangka menggantikan secara bertahap amalan di agensi-agensi awam, yang kebanyakannya melaksanakan protokol sendiri.



Sehingga 31 Mac tahun ini, 21 daripada langkah-langkah yang diusul ini telah dilaksanakan



Ini termasuk penghapusan secara automatik akaun pengguna yang tidak lagi aktif dan mengenal pasti secara automatik kelakuan pengguna yang berisiko, seperti menyalin fail sensitif dari komputer riba.



Antara perubahan terkini ialah pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), yang tidak dikenakan ke atas sektor awam, tetapi dilaksana bagi pihak ketiga yang mengendalikan data pemerintah.



Undang-undang baru itu berkuatkuasa pada 1 Februari, antara lain untuk menjadikan pihak ketiga lebih bertanggungjawab jika mereka salah urus data warga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >