Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 aduan diterima tentang buku perpustakaan dengan kandungan homoseksual sejak 2014

Sep 10, 2018 | 02:20 PM



LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) telah memindahkan lapan tajuk buku dari bahagian kanak-kanak ke bahagian bagi pembaca lebih matang sepanjang empat tahun lalu.



Ini menyusuli aduan yang diterima NLB bahawa buku tersebut mempunyai kandungan homoseksual.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, memberitahu Parlimen hari ini (10 September) bahawa NLB telah menerima 11 aduan daripada orang awam tentang buku yang mempunyai kandungan homoseksual sejak 2014.



Selain lapan tajuk buku yang dipindahkan dari bahagian kanak-kanak ke bahagian bagi pembaca lebih matang itu, tiga lagi dianggap sesuai untuk terus kekal dalam koleksi asalnya bagi kanak-kanak dan golongan dewasa muda, kata Encik Iswaran.



Bagi buku yang menyentuh topik bangsa, agama dan lain-lain pula, NLB menerima 23 maklum balas.



Sebanyak tujuh daripadanya dipindahkan ke bahagian bagi pembaca lebih matang manakala lagi lapan dikekalkan dalam koleksi asalnya.



Sementara itu, satu siri yang merangkumi lapan tajuk buku Melayu bagi kanak-kanak – Agama, Tamadun Dan Arkeologi – ditarik balik pada Jun tahun lalu akibat kandungan agama yang kontroversi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >