Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 ditahan berkaitan kes penipuan jual beli dalam talian

Oct 25, 2019 | 05:37 PM



SERAMAI 11 orang ditahan berkaitan penglibatan dalam penipuan jual beli dalam talian dalam operasi yang dikendalikan Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) antara 17 hingga 25 Oktober.


Sembilan lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 33 tahun kini membantu polis dalam siasatan kes yang melibatkan penjualan tiket konsert, tiket tarikan, tempahan hotel dan produk elektronik.


Suspek-suspek tersebut dipercayai terlibat dalam lebih 60 kes penipuan di mana mangsa telah kehilangan lebih $21,500.


Siasatan masih diteruskan.


Kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Babak 224 boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, polis menasihati orang ramai agar berjaga-jaga ketika membeli-belah dalam talian.


Antaranya, dengan memeriksa bagaimana wadah dalam talian tersebut menjaga keperluan pengguna atau membantu pengguna menyelesaikan masalah berkaitan pembelian, sebelum melakukan sebarang urus niaga melalui wadah tersebut.


Selain itu, pengguna dinasihati memilih untuk membayar tunai selepas menerima produk yang dibeli, atau ‘cash on delivery’, terutama sekali jika ia melibatkan iklan dalam talian.


Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh mengunjungi laman www.scamalert.sg atau telefon talian anti-penipuan di 1800-722-6688.


Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang penipuan, boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau hantarkan maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >