LEBIH 1.1 juta orang telah mengunjungi River Safari sejak tarikan itu dibuka secara bertahap pada 2012.
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merasmikan pembukaan taman hidupan liar bertema sungai di Mandai tadi.
Dalam ucapannya, Encik Lee berkata Singapura perlu terus meningkatkan sektor pelancongan untuk kekal memenuhi cita rasa pengunjung yang semakin berubah.
Singapura meraikan 50 tahun mempromosi pelancongan tahun ini, daripada 90,000 pengunjung pada 1964 kepada 15 juta pengunjung setiap tahun kini.