Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$1.1 juta terkumpul bagi Dana Reben Kuning

May 22, 2017 | 05:30 AM



SUMBANGAN derma berjumlah lebih $1.1 juta telah berjaya dikumpul menerusi satu acara makan malam amal Dana Reben Kuning (YRF) kelmarin.



Jumlah terkumpul itu adalah yang tertinggi selepas lebih 600 penderma korporat dan individu menghadiri acara yang diadakan sekali setiap dua tahun itu.



Majlis itu diserikan dengan kehadiran Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, selaku tetamu terhormat.



Antara mereka yang menyokong acara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MES Group, Encik Mohamed Abdul Jaleel, yang juga anggota Jawatankuasa Utama Dana Reben Kuning (YRF).



Beliau sendiri telah mendermakan sebanyak $209,200 kepada dermasiswa Bantuan Latihan Kemahiran bagi Permulaan Semula (Star) yang disediakan Dana Reben Kuning (YRF).



Syarikatnya itu, yang berdaftar dengan Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (Score), telah menggajikan sekitar 400 bekas banduan sejak 2004.



Sekitar 20 daripada mereka kini sedang bekerja dengan syarikat tersebut.



Semasa ditemui di majlis yang diadakan di Hotel Ritz-Carlton Millenia, Encik Abdul Jaleel, 59 tahun, berkata pengalaman masa lampau yang dilaluinya semasa kecil membuatnya lebih faham akan kesukaran yang dihadapi golongan bekas banduan selepas kembali pada masyarakat.



"Dulu saya sendiri pernah hadapi masalah - bukan dari sudut kesalahan seperti masalah dadah atau jenayah - tapi dari sudut kekurangan kewangan ketika hendak melanjutkan pelajaran semasa muda.



"Selepas berjaya, saya rasakan mereka yang layak menerima pendidikan di Singapura tidak sepatutnya dihambat mendapatkan dana demi mengejar impian mereka itu," katanya.



Selain menyokong proses pemulihan bekas banduan ini, YRF menawarkan bekas pesalah dengan sokongan - peluang mengejar pendidikan di peringkat tinggi, kata Encik Jaleel.



Dana terkumpul akan digunakan bagi menyokong program penting bagi membantu mereka pulih dan berintegrasi kembali dengan masyarakat selepas dibebaskan.



Pada masa sama program yang disokong YRF akan membantu menghubungkan bekas banduan dengan keluarga dan anak mereka, menawarkan bantuan kewangan, latihan serta pendidikan.



Tahun lalu, YRF mengagihkan sejumlah $2,128,957.



Sehingga kini dana itu telah membantu lebih 6,000 penerima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >