Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 lagi kes Covid-19 dikesan di dormitori Westlite Woodlands; ratusan pekerja bakal pindah ke kemudahan kuarantin

Apr 22, 2021 | 01:28 AM



LAGI 11 pekerja yang menetap di dormitori Westlite Woodlands dikesan positif Covid-19 termasuk 10 yang sudah pulih daripada virus itu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (21 April).



Berita ini muncul setelah pekerja Bangladesh 35 tahun yang menetap di dormitori yang dibina khusus itu didapati positif Covid-19 pada Selasa (20 April) meskipun sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.



Akhbar The Straits Times difahamkan kini ada rancangan memindahkan ratusan pekerja di dormitori itu ke kemudahan kuarantin.



MOM, dalam kenyataannya, berkata Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) Group di bawah naungannya serta Kementerian Kesihatan (MOH) mengambil langkah kesihatan awam yang tangkas selepas kes itu dikesan sebagai sebahagian ujian rutin yang dijadualkan buat pekerja asing.



Kontak rapat pekerja berkenaan di dormitori dan tempat kerjanya diasingkan dan dikuarantin.



Rakan sebiliknya yang merupakan antara mereka yang dipindahkan ke kemudahan kuarantin khusus kemudian didapati dijangkiti koronavirus.



Sebagai langkah berjaga-jaga, ujian Covid-19 dikendalikan buat semua penduduk di Westlite Woodlands, kata MOM.



Sejauh ini, 10 pekerja yang sudah pulih juga didapati positif Covid-19.



Kes ini dengan segera diasingkan dan dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) serta disiasat bagi kemungkinan jangkitan semula.



MOM menambah ia akan berkongsi maklumat lanjut tidak lama lagi.



Menurut surat pekeliling yang diedarkan Westlite Woodlands kepada kliennya, 11 kes tambahan ini disahkan pada 9 pagi Rabu (21 April).



Kes-kes ini dikesan selepas 568 ujian swab yang didahulukan diadakan bersama ujian serologi pada Selasa buat penduduk dormitori yang menetap di tingkat dua hingga tujuh Blok A dormitori itu.



Pekerja yang didapati positif Covid-19 pada Isnin menetap di blok yang sama.



Menurut surat pekeliling itu lagi, pekerja yang menetap di blok itu akan dipindahkan ke kemudahan pemerintah pada Khamis dan dikuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.



Penduduk dormitori ini kini diperlukan tinggal di unit masing-masing pada setiap masa sehingga mereka dipindahkan ke kemudahan kuarantin.



Antara catatan surat pekeliling itu adalah:



"Kami meminta pemahaman anda dalam langkah yang tersenarai di atas sedang kami bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengurus keadaan. Langkah ini bermanfaat buat Singapura secara menyeluruh dan mengurangkan merebaknya virus kepada masyarakat."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >