Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 peguam kini berkhidmat sepenuh masa di Pejabat Peguam Bela Awam

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 11 peguam kini berkhidmat sepenuh masa di Pejabat Peguam Bela Awam (PDO), sebuah jabatan baru di bawah Kementerian Undang-Undang (MinLaw) yang dilancarkan semalam.



Ini termasuk Ketua Peguam Bela Awam, Encik Wong Kok Weng, yang menerajui PDO dan bertanggungjawab ke atas operasi serta pentadbiran pejabat itu.



Berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran PDO di Mahkamah Negara semalam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata dua lagi peguam akan menyertai pejabat tersebut tidak lama lagi.



Tambahnya, jumlah peguam yang akan berkhidmat di PDO itu dijangka bertambah dan ini antara lain bergantung pada jumlah kes yang ditangani pejabat itu.



PDO yang dilancarkan semalam terbentuk daripada peguam bela jenayah sepenuh masa yang digajikan MinLaw untuk menyediakan bantuan guaman jenayah kepada warga dan penduduk tetap (PR) Singapura berpendapatan rendah yang tidak mampu mendapatkan perwakilan guaman dalam kes yang tidak membawa kepada hukuman mati.



PDO akan beroperasi secara berasingan daripada pihak pendakwa di bawah Pejabat Peguam Negara (AGC) dan akan membuat keputusan pengambilan pekerja, kenaikan pangkat serta ganjaran sendiri.



PDO juga akan bekerja rapat dengan Skim Bantuan Guaman Jenayah (Clas) yang dikendali Pro Bono SG, yang pemerintah akan terus biayai bersama.



Ditanya bagaimana kejayaan PDO akan dinilai, Encik Shanmugam berkata beliau menganggapnya telah berjaya sekiranya pejabat itu berupaya membantu tertuduh dengan memberikannya nasihat jujur dan sekiranya Peguam Bela Awam itu mempunyai pandangan berbeza daripada pihak pendakwa, beliau harus membentangkannya di mahkamah dan mencabar fakta yang dikemukakan.



"Saya yakin AGC juga akan mengambil pandangan itu dengan serius dan saya rasa ini akan menghasilkan sistem keadilan yang lebih baik.



"Ini satu langkah yang amat penting," ujarnya.



Sebelum ini, Encik Shanmugam berkata pemerintah akan mengkaji butiran dan kebolehlaksanaan satu skim peguam bela awam pada 2020 semasa bercakap tentang kes seorang bekas pembantu rumah, Cik Parti Liyani, yang dibebaskan daripada semua tuduhan mencuri daripada majikannya.



Parlimen kemudian membahaskan Rang Undang-Undang Peguam Bela Awam sebelum meluluskannya pada 1 Ogos lalu.



Turut hadir pada majlis pelancaran PDO semalam ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia yang juga Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong; Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; Peguam Negara, Encik Lucien Wong; serta anggota fraterniti guaman lain.



Bercakap dengan media, Cik Rahayu berkata sebahagian daripada usaha membentuk PDO itu bukan sahaja untuk menyediakan bantuan guaman malah bantuan yang lebih menyeluruh.



"Dalam usaha ini, kita pasti akan melihat isu-isu dengan adanya mungkin keluarga tertuduh atau tertuduh sendiri yang mungkin perlukan bantuan lain, jadi kita juga memastikan ada usaha sama dengan badan sosial... dengan kita boleh buat rujukan.



"Kita harus membina hubungan dengan mereka dan... pada masa akan datang, hubungan itu akan memastikan mereka juga mungkin boleh berikan rujukan kepada PDO," ujarnya.



Tambahnya, ini boleh membangunkan sebuah rangkaian sokongan yang diharap dapat dibina untuk membantu golongan yang memerlukan.




PEJABAT PEGUAM BELA AWAM (PDO)



  • Ditubuh sebagai jabatan baru di bawah Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah;

  • Diterajui Ketua Peguam Bela Awam, Encik Wong Kok Weng;

  • Dilancarkan dan mula beroperasi pada 1 Disember 2022.

TUJUAN



  • Sediakan bantuan pembelaan jenayah kepada tertuduh yang hadapi tuduhan jenayah yang tidak bawa kepada hukuman mati;

  • Tingkat akses kepada keadilan bagi warga memerlukan yang mendapatinya sukar dapatkan perwakilan guaman;

  • Bantuan guaman jenayah akan dilanjutkan kepada lebih ramai warga memerlukan, dengan bantuan boleh didapatkan oleh tertuduh daripada isi rumah dengan pendapatan 35 peratus paling rendah kini, berbanding 25 peratus paling rendah sebelum ini;

  • Liputi lebih banyak kesalahan, kecuali kesalahan tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >