Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 pusat vaksinasi Covid-19 kini dibuka; 40 pusat dijangka siap jelang akhir April

Feb 19, 2021 | 10:11 PM



SEJUMLAH 11 pusat vaksinasi kini beroperasi, dan lebih banyak akan dibuka secara bertahap supaya suntikan Covid-19 dapat diberikan di sekitar 40 pusat menjelang hujung April, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Jumaat (19 Feb).


Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah bilangan pusat vaksinasi, 17 penyedia khidmat kesihatan, termasuk Raffles Medical, Parkway Shenton dan Thomson Medical, telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menubuhkan dan mengendalikan 36 pusat vaksinasi dan 10 pasukan vaksinasi bergerak, lapor The Straits Times.


Singapura merancang memulakan vaksinasi secara besar-besaran untuk warga emas mulai Isnin ini, menyusuli skim perintis untuk warga tua di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar.


Menurut dokumen yang dilihat oleh The Straits Times, tender itu, yang bernilai $38 juta, dianugerahkan kepada 17 penyedia pada 11 Februari lalu.


Ia menyatakan bahawa setiap pusat vaksinasi harus dapat menampung sekurang-kurangnya 2,000 orang sehari.


Pusat dan pasukan bergerak itu akan ditubuhkan secara bertahap dan bilangan yang diperlukan tertakluk kepada perubahan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >